Motosikal

MARQUEZ GEMBIRA PEMBEDAHAN LENGAN SEMAKIN PULIH

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez tersenyum apabila pembedahan lengan kanannya beransur pulih, sekali gus berpeluang cerah untuk kembali ke perlumbaan MotoGP.

Selepas enam minggu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS), Marquez mendapat lampu hijau daripada pakar perubatan untuk meneruskan sesi fisioterapi dan latihan kardio.

“Marquez kini melakukan pemeriksaan berjadual seterus­nya di hospital di Madrid. Pasukan perubatan berpuas hati dengan perkembangan humerus kanan Marquez.

“Selepas itu, Marquez telah dibenarkan untuk memasuki peringkat pemulihan seterusnya memulakan fisioterapi terhadap lengan kanan dan latihan kardio,” kata Honda dalam satu kenyataan.

Marquez mengakui teruja dengan perkembangan pembedahan lengannya, sekali gus dapat menggunakan tangannya semula.

“Kami mengambil langkah penting dalam proses pemulihan. Dalam pemeriksaan kedua ini, doktor telah mengesahkan bahawa tulang humerus bercantum dengan betul.

“Oleh itu, kami boleh memulakan latihan fisioterapi pada lengan kanan dan latihan kardio. Sudah pasti saya sangat teruja untuk menggunakan lengan saya dan meneruskan proses pemulihan ini.

“Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan atas rawatan dan perhatian mereka terhadap saya selama ini,” kata Marquez. – AGENSI

Google ads
Back to top button