Buletin

PARKIR MENYUSAHKAN ORANG LAIN, MYVI PUTIH DICONTENG PERKATAAN “BODOH”

Gara-gara menghalang lalu lintas dan menyusahkan pengguna lain, sebuah Perodua Myvi atau terkenal dengan panggilan ‘king’ diconteng dengan perkataan ‘bodoh’.

Nasib malang Myvi berwarna putih itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia tular di aplikasi TikTok yang dikongsi di akaun pengguna dikenali sebagai @Wan Irman.

Berdasarkan klip video tersebut, kelihatan kereta berkenaan diparkir di bahu jalan yang sempit. Ini menyebabkan pengguna berhadapan kesulitan terutamanya ketika ada kenderaan dari arah bertentangan. Maklumat berkaitan lokasi kejadian itu dirakam dan tarikh sebenar klip video itu diambil bagaimanapun tidak dapat dipastikan. 

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen yang menyokong tindakan penconteng Myvi tersebut.

“Terima kasih kepada yang menconteng, anda dihargai,”tulis @ayed fariz. “Kepada penconteng itu, anda adalah wira rakyat jelata,”komen @Zachery.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @abdkd. “Orang macam ni tak ada sensitiviti, kat simpang, kat selekoh juga nak parkir kereta,”ujarnya.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 16,800 kali dengan lebih 499 komen diterima. – KOSMO! ONLINE

Google ads
"
"
Back to top button