" "
Buletin

NISSAN GT-R ITALDESIGN TAK LAKU. 50 UNIT SAHAJA & MASIH ADA BELUM TERJUAL

Tahun lalu, Nissan ada memperkenalkan Nissan GT-R by Italdesign yang menerima rekaan radikal.

Produksi pertama akan dipamerkan pada acara Geneva Motor Show 2020, Mac depan. Manakala penghantarannya bermula pada hujung tahun 2020.

Hanya 50 unit ditawarkan, Nissan menjangkakan model edisi terhad itu laris seperti pisang goreng panas. Namun, ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Nissan dilapor masih gagal untuk menjual semua unit jentera berkuasa tinggi itu.   

Dalam satu kenyataan media, Nissan memberitahu permintaan pelanggan terhadap model itu adalah kukuh. Pada masa yang sama menyatakan sejumlah kecil masih belum ditempah.

GT-R50 ditawarkan pada harga sekitar AS$1.1 juta (RM4.57 juta) dan tampil dengan rekaan serba baharu daripada firma rekaan Italdesign. Dari segi prestasi, ia dilengkapi enjin berkuasa tinggi yang mampu menjana 710hp dan tork 779Nm. Versi biasa GT-R berkuasa 600hp dan tork 652Nm.

Ketika mula-mula diperkenalkan, reka bentuk GT-R50 mencetuskan kontroversi dan tidak membantu jualan GT-R normal yang sudah berada di pasaran selama 12 tahun.

Nissan berharap jentera yang boleh diubah suai sepenuhnya itu akan menarik minat pengumpul kereta tegar.   Nampaknya, ia tak laku mungkin sebab harga yang terlalu mahal.  

Google ads
Back to top button