Buletin

MAZDA RECALL 19,685 UNIT KENDERAAN DI MALAYSIA. MASALAH PAM BAHAN API

Mazda Corporation hari ini mengumumkan proses panggilan semula atau recall bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada Mazda Corporation Japan, sebanyak 19,685 unit kenderaan Mazda di Malaysia terlibat dlaam recall ini. 

Model-model yang terlibat ialah Mazda2, Mazda3, Mazda6, CX-3, CX-5 dan CX-9 yang dihasilkan di antara tahun 2017 hingga 2019.

Selaku pengedar tunggal kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor dan Mazda Corporation akan menyelesaikan masalah ini sepantas dan selancar mungkin.

PUSAT 3S MAZDA DI PERMAS JAYA DIBUKA

“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami memohon maaf atas kesulitan ini. Bermaz Motor juga ingin menegaskan bahawa model-model produksi 2020 tidak terlibat dalam recall ini,” jelas Bermaz Motor dalam satu kenyataan rasmi. 

Recall ini penting sebagai langkah pencegahan masalah enjin kehilangan kuasa atau enjin mati disebabkan oleh modul pam bahan api. Langkah itu dijalan selari berikutan masalah sama di beberapa negara lain termasuklah China, ASEAN, Asia Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean.

Model-model yang terlibat adalah seperti berikut: 

Pelanggan yang terjejas akan dihubungi menerusi surat dan SMS/ Sebaik sahaja menerima notifikasi itu, pe;anggan diminta terus menghubungi mana-mana pusat servis sah Bermaz untuk membuat temu janji. Semua kos akan ditanggung oleh Bermaz Motor. 

Tempoh masa penggantian dianggarkan sekitar satu jam setengah, bergantung kepada model dan pusat servis. Kebolehdapatan stok alat ganti adalah secara berperingkat-peringkat. 

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memeriksa numbuer chasis kenderaan mereka di: https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre.

Jika pelanggan mengalami kondisi luar biasa ketika memandu, sila berhentikan kenderaan di tempat selamat dan hubungi pusat servis sah Bermaz untuk langkah seterusnya. 

Google ads
Back to top button