Buletin

PELABUR SAMAN ELON MUSK. DAKWA TWEET BOLEH RUGIKAN PEMEGANG SAHAM

Seorang pemegang saham dilapor telah memfailkan saman ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kerana mendakwa lelaki paling kaya di dunia itu telah melanggar perjanjiannya dengan Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat (SEC) pada tahun 2018.

Saman yang difailkan di Mahkamah Delaware Chancery itu turut menamakan Lembaga Pengarah Tesla sebagai defendan. Tindakan Musk yang menghantar tweet secara melulu dan kegagalan lembaga pengarah untuk memastikan dia mematuhi perjanjian mendedahkan para pemegang saham dengan kerugian berbilion dolar.

Saman tersebut menyenaraikan beberapa hantaran Musk ke media sosial Twitter. Ini termasuklah tweet Musk pada 1 Mei tahun lalu yang menyatakan harga saham Tesla terlalu tinggi, ia menyebabkan nilai saham Tesla susut sebanyak AS$13 bilion (RM53.5 bilion).

Plaintif, Chase Gharrity mendakwa tindakan Musk dan kegagalan lembaga pengarah telah menyebabkan kerugian kewangan kepada pemegang saham. Jadi defendan perlu membayar pampasan kepada Tesla kerana mereka gagal menjalankan tanggungjawab.  

Saman itu tetap difailkan walaupun harga saham Tesla meroket hampir lima kali ganda sejak tweet Musk dengan Tesla kini bernilai AS$600 (RM2.47 trilion). SEC juga tidak menyatakan Musk melanggar sebarang peraturan secara terbuka.  

“Saman ini mungkin memberi tekanan kepada SEC untuk mengambil tindakan,” kata pakar tadbir urus korporat dan profesor dari Universiti Delaware, Charles Elson. – Reuters

Google ads
Back to top button