Buletin

HARLEY-DAVIDSON HENTIKAN SEMENTARA PENGELUARAN MOTOSIKAL ELEKTRIK LIVEWIRE

Harley-Davidson dilapor telah menghentikan produksi dan penghantaran mtosial elektrik pertamanya, LiveWire selepas mendapati terdapat kecacatan pada peringkat pemeriksaan terakhir jentera tersebut. 

Pengeluar motosikal berpengaruh dari Amerika Syarikat itu menyatakan ia menemui satu ‘kondisi bukan standard’ pada peralatan pengecasan yang membuatkannya perlu menjalani ujian serta analisis lanjut. 

Walaupun mengesahkan bahawa proses ujian itu berjalan lancar, Harley-Davidson bagaimanapun tidak memberitahu bilakah produksi akan disambung semula. Berikutan berita itu, saham Harley-Davidson jatuh 1 peratus pada harga AS$34.73 sesaham.

Pelanggan yang sudahpun membeli LiveWire boleh terus menunggang motosikal tersebut. Tetapi ia mestilah dicaj menggunakan pengecaj khas yang ada di pengedarnya. Mereka tidak boleh mengecajnya di rumah. 

Harley-Davidson dilihat cuba untuk menarik minat golongan muda dengan menawarkan model elektrik.

Namun, kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat membuatkan jualannya terus merudum. Bukan itu sahaja, pembeli sasarnya juga tidak mengena apabila mereka yang membeli LiveWire sebenarnya ialah pelanggan Harley-Davidson sedia ada. 

LiveWire pada asalnya direka sebagai satu produk halo untuk menunjukkan keupayaan dalam penghasilan kenderaan elektrik. Antara sebab utama kenapa ia gagal dijual adalah kerana harganya yang mahal iaitu AS$29,799 (RM125,000) seunit. 

Dengan pelanggan sedia ada yang semakin berusia dan tidak lagi menunggang atau membeli motosikal baharu, masalah jualan Harlaey-Davidson nampanya bertambah tenat.  

Tags
Google ads
Back to top button