
PELAN PEMBIAYAAN PROGRESIF AUDI
Audi Capital Advisory (jabatan Volkswagen Capital Advisory) kini memperkenalkan Audi Progressive Financing Plan yang menyediakan pelan kewangan berpatutan bagi membeli kenderaan Audi.
Program berkenaan sudah pun bermula dan akan berakhir sehingga April hadapan. Pemilik boleh memilih untuk memulakan bayaran bulanan serendah RM999 untuk tahun pertama.
Pengarah Urusan Audi Malaysia, Immo Buschmann berkata memiliki Audi tidak pernah menjadi lebih mudah dengan pakej pembiayaan baharu ini.
“Kami menyediakan kadar faedah serendah 0.98 peratus setahun, lebih fleksibiliti untuk menguruskan aliran tunai anda dan akses mata pengenalan keseluruhan rangkaian model Audi.
“ Ini adalah masa terbaik untuk membeli kenderaan Audi, ” katanya.
Sebagai contoh, anda memilih Audi A3 1.4 TFSI berharga RM186,900 (tanpa insurans). Anda hanya perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus atau RM18,690. Anda juga akan menikmati kadar faedah serendah 2.08 peratus bagi tempoh pinjaman tujuh tahun, 2.38 peratus (sembilan tahun) dan serendah 1.18 peratus untuk tempoh minimum lima tahun.
Di bawah pelan pembiayaan tujuh tahun, pembeli akan dapat menikmati ansuran bulanan hanya RM999 untuk tahun pertama, kemudian meningkat kepada RM1,600 bagi tahun kedua dan ketiga serta RM 2,650 bagi tahun keempat dan kelima.
Bagi dua tahun terakhir, pemilik perlu membayar RM3,410 dan ansuran terakhir RM283.38. Kadar faedah dan bayaran berbeza mengikut model, spesifikasi dan tempoh pinjaman.
Maklumat lanjut, sila kunjungi pusat jualan Audi berhampiran atau layari laman web www.audi.com.my.