Peranti

VERSATILITI HUAWEI MATE 8

Huawei Technologies Malaysia semalam melancarkan telefon pintar utamanya yang sudah lama ditunggu-tunggu, Huawei Mate 8.

Huawei-Mate-8-mekanika (5)

Dengan spesifikasi tercanggih, gaya dan rekaan yang ringkas, Huawei Mate 8 bakal meneruskan keupayaan Huawei untuk menawarkan peranti mewah yang dapat memenuhi keperluan pengguna di peringkat global dan mengekalkan kesetiaan mereka.

Huawei Mate 8 ditawarkan dalam dua varian iaitu dengan kapasiti 3GB + 32GB ROM (Standard) dan 4GB RAM + 64GB ROM (Premium). Harganya pula ialah RM2,099 untuk Standard. Manakala Premium pula berharga RM2,399 seunit.

Huawei-Mate-8-mekanika (9)

Jika dilihat kepada kualiti binaan, spesifikasi, prestasi dan kemampuannya, harga tersebut boleh dikatakan sebagai sangat berbaloi.

“DNA Huawei adalah berorientasikan kepada pengguna. Kami fokus untuk mencipta nilai buat para pelanggan melalui inovasi, reka bentuk dan portfolio produk yang luas demi memenuhi apa jua bajet serta keperluan gaya hidup mereka,” kata Pengarah Pemasaran Produk Rantau Pasifik Selatan,  Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Huawei Technologies Malaysia, Luke Au.

Huawei-Mate-8-mekanika (7)

Hadir dalam kemasan badan logam sepenuhnya yang nipis bersama bucu melengkung, Huawei Mate 8 ialah telefon pintar paling kompak setakat ini. Ia mempunyai reka bentuk istimewa, nisbah skrin ke badan sebanyak 83 peratus dan skrin bersaiz 6 inci yang mesra pengguna.

Diperbuat daripada aluminium gred aeroangkasa, reka bentuk unibody metalik dipasang dengan sempurna ke atas kepingan kaca unik yang dipotong menggunakan permata.

Huawei-Mate-8-mekanika (11)

Ia juga lebih nipis berbanding model terdahulu, Mate 7 dan hanya seberat kira-kira 185kg. Keseimbangan sempurna di antara prestasi tinggi dan penggunaan tenaga yang rendah adalah hasil kombinasi chip Kirin950 Huawei serta struktur aliran haba enam lapisan Mate 8 yang inovatif.

Dilengkapi teknologi tenaga pintar, pengguna boleh menikmati tempoh sedia yang lebih lama. Kegunaan bateri ditingkatkan lagi dengan teknologi pengecasan pantas. Dengan caj hanya 30 minit, Mate 8 boleh bertahan sepanjang hari.

Huawei-Mate-8-mekanika (10)

Huawei Mate 8 memberi penekanan terhadap aspek keselamatan melalui teknologi sentuhan cap jari generasi baru. Alat pengesan cap jari berbentuk bulat itu menggunakan algoritma pengecaman tiga peringkat dan dua kali lebih laju berbanding Mate 7.

Selain ciri keselamatan, teknologi cap jari itu mempunyai beberapa fungsi lain seperti memastikan keselamatan fail, menutup aplikasi, mematikan jam loceng, mengambil gambar dan menjawab panggilan.

Huawei-Mate-8-mekanika (1)

Demi memenuhi matlamatnya untuk membantu pengguna melindungi telefon dan data mereka, Mate 8 memiliki satu perlindungan firewall yang dibentuk oleh Kirin950s TrustZone dan secure OS.

Setiap kali pengguna membaca atau menulis data, penyulitan dan penyahsulitan data dimasukkan ke dalam cip yang dilindungi oleh TrustZone secara automatik. Jika Mate 8 dicuri, adalah mustahil untuk mengekstrak datanya walaupun dengan menggunakan teknologi yang canggih.

Huawei-Mate-8-mekanika (14)

Mate 8 juga menampilkan kunci kad microSD. Jadi, kandungan kad microSD itu tidak boleh diakses tanpa kata kunci.

Dari segi audio, Huawei Mate 8 didatangkan dengan teknologi Super Hands-Free 3.0 yang membolehkan operasi bebas tangan telefon dilakukan dari jarak sehingga 3 meter. Merekod dan memainkan audio menjadi semakin mudah kerana Mate 8 mampu mengenal pasti sumber bunyi dari arah yang spesifik.

Huawei-Mate-8-mekanika (12)

Kameranya pula terdiri daripada sensor imej MP boleh lapis IMX298 serba baharu daripada Sony. Kamera Mate 8 mempunyai kualiti fokus yang lebih pantas dan tepat. Ini kerana ia menggunakan Phase Detection Auto Focus (PDAF) dan teknologi kawalan motor gelung tertutup.

Untuk memberi kepuasan kepada pengguna, Huawei Mate 8 membenarkan mereka menggunakan buku jari sebagai input sekunder. Pengguna boleh mengambil screenshot penuh atau separuh dengan mengetuk satu buku jari sebanyak dua kali.

Huawei-Mate-8-mekanika (3)

Dengan menggunakan dua buku jari, anda boleh memulakan atau menghentikan rakaman skrin. Gestur buku jari juga boleh digunakan untuk membuka aplikasi.

Mate 8  juga menawarkan mode skrin terpisah yang boleh meningkatkan produktiviti dengan menggunakan beberapa aplikasi pada satu-satu masa.

Huawei-Mate-8-mekanika (13)

“Pelancaran hari ini bukan sahaja menandakan kebolehdapatan Huawei Mate 8, malah kami juga berbangga untuk menawarkan portfolio dan produk terbaharu kami demi memenuhi permintaan pelanggan,” kata Luke.

Google ads
Back to top button