Buletin

HAMILTON SAMAI REKOD SCHUMACHER CATAT 91 KEMENANGAN

Pelumba pasukan Mercedes-AMG, Lewis Hamilton  berjaya menyamai rekod 91 kemenangan legenda Formula Satu (F1) Michael Schumacher selepas mengungguli Grand Prix (GP) Eifel.

Juara enam kali itu melupakan kekecewaan pada percubaan pertama menyamai rekod itu di GP Russia sebelum ini apabila mengawal perlumbaan di litar Nurburgring yang kembali menganjurkan perlumbaan berprestij itu sejak 2013.

Kemenangan itu turut mengukuhkan kedudukan keseluruhan Hamilton sekali gus berpeluang cerah menyamai rekod tujuh kejuaraan Schumacher.

Selepas perlumbaan, Hamilton dihadiahkan salah satu topi keledar berwarna merah legenda F1 itu oleh anaknya.

“Saya hilang kata-kata. Apabila anda membesar melihat seseorang yang menjadi idola memiliki pemanduan hebat dan melakukannya berterusan tahun demi tahun, perlumbaan demi perlumbaan, minggu ke minggu dengan pasukan mereka.

“Saya sama sekali tidak menjangka ada orang lain terutamanya saya akan menyamai rekod Michael. Ia merupakan satu penghormatan dan memerlukan masa untuk membiasakan diri.

“Begitupun, saya tidak akan dapat melakukan rekod ini tanpa sokongan pasukan yang member segala-galanya.

“Terima kasih banyak-banyak dan penghormatan buat Michael,” kata Hamilton. – agensi.

Google ads
Back to top button