Buletin

ANAK LEGENDA F1 SCHUMACHER SERTAI PASUKAN HAAS

Mick Schumacher yang merupakan anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher bakal beraksi di pentas Formula Satu (F1) bersama pasukan Haas pada musim hadapan.

Pemandu berusia 21 tahun itu berpeluang memandu jentera berkenaan pada sesi latihan bebas di pusingan terakhir di Grand Prix Abu Dhabi, 11 Disember depan sebelum menyertai sesi ujian beberapa hari selepas itu.

“Pasukan Haas F1 sudah menandatangani pemandu Jerman, Mick Schumacher untuk barisan pemandu baharu bagi saingan Formula Satu 2021 dan seterusnya menerusi perjanjian selama beberapa tahun,” kata Haas dalam satu kenyataan.Mick akan bergandingan bersama pemandu Russia, Nikita Mazepin pada musim depan.

Dia kini mendahului kedudukan pemandu Formula Dua dengan berbaki satu perlumbaan lagi di Bahrain minggu ini.

Bapanya berdepan kecederaan serius selepas melakukan aktiviti ski pada Disember 2013 dan tidak dapat dilihat umum sejak insiden itu.

Lewis Hamilton yang beraksi bersama Mercedes, menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia milik Schumacher selepas mengesahkan kejuaraan dunia musim ini.  – agensi

Google ads
Back to top button