
HONDA PERKENAL SUPER CUB 110 PRO 2022 DI JEPUN. RM11,584 SEUNIT
Super Cub merupakan antara model popular pernah dikeluarkan pengeluar terkemuka Honda.
Sejak ‘kelahiran’ model berkenaan pada tahun 1958, lebih 100 juta unit Honda Super Cub telah diserahkan kepada pemilik-pemilik motosikal tersebut.
Model itu turut membuat comeback pada tahun 2018 dengan pelancaran di pasaran Eropah, Asia dan Amerika Syarikat (AS) sehingga menjadi trend pilihan gayaan retro pengguna.
Di Jepun, Super Cub meneruskan legasi rugged dan serba boleh terutamanya model yang diperkemas kini untuk memenuhi permintaan semasa.
Selain itu, Honda telah mengeluarkan varian direka khusus untuk para pengguna yang menggunakan motosikal sebagai medium perdagangan dikenali sebagai Super Cub 110 Pro.
Super Cub 110 Pro terbaharu dijangka akan menjengah di pasaran Jepun pada 19 Mei depan dengan menampilkan ciri-ciri diperkemas kini berbanding model terdahulu.
Ia bakal mendapat sentuhan baharu pada bahagian enjin dan peningkatan sistem ekzos untuk mematuhi peraturan pelepasan emisi di Jepun.
Super Cub 110 Pro juga didatangkan rim aluminium 14 inci dibaluti tayar tubeless, brek hadapan ABS dan pelindung brek disc.
Motosikal terbaharu itu turut dilengkapi panel instrumen digital dalam memaparkan kedudukan gear, jam, penggunaan bahan api dan meter.
Kelainan paling ketara adalah ia didatangkan dengan bakul pada bahagian hadapan dan satu tempat duduk sahaja untuk memudahkan penghantaran barangan.
Super Cub 110 Pro dijangka bakal ditawarkan pada harga AS$2,713 (RM11,584). – rideapart
- BACA: HONDA CR-V GENERASI KE 6, APA YANG KITA TAHU SETAKAT INI?
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X EDISI REPSOL. TERHAD 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM9,948
- BACA: DIDAKWA CURI LEMBU, HONDA ODYSSEY DIBAKAR DI FELDA BUKIT KUANTAN
- BACA: PEMILIK HONDA CIVIC BENGANG,TAWARAN HARGA MENGARUT. MINTA PEMBELI KE HOSPITAL







