Buletin

PORSCHE CATAT 221,512 PENGHANTARAN DALAM TEMPOH 9 BULAN PERTAMA TAHUN 2022. NAIK 2%

Pada penghujung suku ketiga, Porsche telah menyaksikan sedikit peningkatan dalam penghantaran. Secara keseluruhan, Porsche menghantar 221,512 kenderaan dalam sembilan bulan pertama tahun ini, naik dua peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Porsche mencatatkan peningkatan paling ketara dalam penghantaran di rantau Eropah dan Jerman. Jualan di Eropah menyaksikan Porsche menghantar 42,204 kenderaan antara Januari dan September, menintkat 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Di pasaran Jerman pula, 20,850 pelanggan menerima kenderaan mereka di mana Porsche mengaut keuntungan sebanyak 9 peratus.

China yang kekal sebagai pasaran tunggal terbesarnya meskipun terdapat penurunan 1 peratus, mencatat penghantaran sebanyak 68,766 unit.

Di Amerika Utara, Porsche merekodkan 56,357 penghantaran. Penurunan sebanyak 4 peratus disebabkan oleh cabaran logistik, terutama pada suku pertama. Proses penghantaran yang dipercepatkan pada suku ketiga mengurangkan jurang berbanding tahun sebelumnya.

Model SUV terus mendapat permintaan tinggi dengan 66,769 penghantaran dengan Porsche Cayenne kekal di tempat teratas. Model kedua paling popular ialah Macan yang mencatatkan 59,604 penghantaran.

Kereta sport ikonik, 911 terus meningkat dari segi populariti dengan 30,611 penghantaran iaitu meningkat sebanyak 9 peratus. Manakala Panamera telah dihantar kepada 25,452 pelanggan.

Penghantaran seluruh dunia bagi Taycan elektrik sepenuhnya mencecah 25,073, dengan penurunan 12 peratus disebabkan kekurangan rantaian bekalan serta ketersediaan alat ganti yang semakin berkurangan. Pelanggan juga menerima penghantaran 14,003 model 718 Boxster dan 718 Cayman.

Google ads
Back to top button