Pandu Uji

FORD RANGER: CEMERLANG DI LALUAN OFF-ROAD

Sejak dilancarkan pada 8 Oktober lalu, trak pikap popular Ford Ranger terus mendapat perhatian ramai.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (4)

Menjadi penyumbang terbesar kepada jualan kenderaan Ford di Malaysia, Ranger baharu sememangnya tampil menyerlah menerusi satu pakej yang lengkap.

Tidak dapat dinafikan bahwa Ranger telah menetapkan satu penanda aras baharu dalam segmen trak pikap dengan gabungan kemampuan, keselamatan dan teknologi termaju yang terbaik.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (3)

Ranger dijana oleh unit enjin diesel Duratorq lima silinder 3.2 liter generasi terbaharu atau TDCi Duratorq empat silinder 2.2 liter. Penambahbaikan pada enjin ini membolehkannya menawarkan penjimatan bahan api sehingga 12 peratus.

Kelancaran operasi dan keselesaan trak pikap ini dapat dirasai ketika meluncur di atas lebuh raya pada kelajuan tinggi.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (1)

Tetapi, bagi menguji sendiri keupayaan Ranger di laluan off-road, Ford telah membawa sekumpulan rakan media untuk meneroka Tadom Hill Resorts di Banting, Selangor. Ekspedisi itu hanya memakan masa selama setengah hari.

Sebaik sahaja tiba di Tadom Hill Resorts, laluan yang dibina khas membolehkan semua peserta melalui beberapa laluan off-road yang telah disediakan untuk menunjukkan kemampuan sebenar Ranger.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (10)

Ujian dimulakan dengan mengharung air. Sedia maklum bahawa Ranger memiliki kemampuan mengharung air sehingga kedalaman 800mm. Dengan tahap kelegaan tanah mencecah 230mm yang terbaik dalam kelasnya, halangan itu cukup mudah untuk disempurnakan.

Peserta kemudian dibawa mendaki bukit berhampiran untuk menguji sendiri ciri Hill Descent Control (HDC). Secara ringkasnya, HDC menggunakan sistem brek anti kunci (ABS) untuk memberi kawalan kepada pemandu ketika menuruni bukit.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (11)

Pemandu hanya perlu menekan butang dan kelajuan ditetapkan secara automatik. Anda juga tidak perlu menekan brek, sebaliknya biarkan sahaja trak pikap ini menuruni bukit dengan selamat dan meyakinkan.

Padat dengan aspek keselamatan, Ranger turut dilengkapi ciri Hill Launch Assist (HLA). HLA memastikan Ranger tidak bergerak sehingga tiga saat apabila pemandu mengalihkan kaki daripada pedal brek ketika menaiki bukit.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (17)

Bagi memudahkan operasi, Ranger didatangkan dengan ciri Shift on the fly. Maksudnya, pemandu boleh menukar pacuan 4×2 ke 4×4 high ketika kenderaan sedang bergerak dengan hanya memusing satu tombol pada konsol tengah. Ciri itu dikawal secara elektronik menerusi sebuah transfer case yang tahan lasak.

Jadi, anda tidak akan mengalami masalah kekurangan kuasa atau cengkaman ketika melalui apa jua permukaan jalan. Sama ada di laluan berbukit, atau terpaksa mengharung jalan penuh lecak di ladang-ladang kelapa sawit.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (2)

Berada di dalam kabin Ranger, anda pasti berpuas hati dengan material, kemasan dan ciri bantuan pemandu yang ada padanya. Ruang ini cukup selesa dan mewah juga sebenarnya.

Dengan semua kombinasi ini, maka tidak hairanlah jika Ranger terus mendapat pemintaan kukuh daripada peminat trak pikap tempatan.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (9) 

Tarikan semula jadi Tadom Hill Resorts

Baiklah, lupakan sebentar tentang Ranger. Saya ingin berkongsi tentang satu lokasi yang mungkin boleh menjadi destinasi riadah anda bersama keluarga.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (5)

Terletak di Banting, Selangor, kira-kira 50km ke arah utara dari ibu kota Kuala Lumpur, Tadom Hill Resorts ialah sebuah resort mesra alam yang menawarkan pemandangan gunung batu kapur yang indah dan tasik mata air yang jernih.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (6)

Hampir semua binaan di resort ini dibina menggunakan buluh, seni bina yang diinspirasikan oleh alam sekitar. Ia dibangunkan dengan bantuan orang asli tempatan yang pakar dalam menggunakan produk-produk hutan.

Kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti luar atau sekadar mahu berehat dan bersantai di atas kerusi buluh yang terapung di atas tasik, Tadom Hill Resorts adalah lokasi terbaik untuk lari daripada kesibukan kota.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (7)

Resort ini menawarkan tapak berkelah, asrama dan perkampungan. Sebuah bistro turut disediakan di kawasan berkelah.

Pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan di Tadom. Antaranya termasuklah Zorb balls, bamboo rafting, berkayak, memanjat batu, zip lining, memanah, go-kart dan tempat untuk barbeku.

Ford-Ranger-test-drive-Tadom-mekanika (8)

Menarik kan??

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button