Buletin

PENUMPANG KENDERAAN DAH BOLEH IKUT KAPASITI TEMPAT DUDUK

Kerajaan bersetuju membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk bagi negeri yang masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan sama turut dilaksanakan bagi kawasan-kawasan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Jumlah kenderaan ini menimbulkan isu bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan tidak boleh ditinggalkan di rumah.

“Justeru, mesyuarat teknikal mendengar rayuan itu dan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk.

“Kalau ada empat tempat duduk satu kereta, maka empat orang dibenarkan. Kalau ada enam tempat duduk, enamlah dibenarkan,” katanya pada sidang media PKP di Putrajaya pada Khamis.

Sebelum ini kerajaan hanya membenarkan hanya dua orang dalam satu kenderaan untuk negeri-negeri yang dilaksanakan PKP. – Awani

Google ads
Back to top button