Modifikasi

OK. YANG INI MEMANG GILA. PORSCHE CARRERA DENGAN ENJIN V8 AMERIKA

Porsche adalah kereta yang jarang sekali menerima enjin asing selain bentangan Boxer. Anda mungkin pernah melihat di laman web Jepun, kereta-kereta klasik 911 dimasukkan dengan enjin EJ20 tetapi ini cerita yang lain. 911 ini dipadankan dengan enjin V8 dari Corvette. Ya. Tak tipu.

Ini kereta yang diiklankan untuk dijual oleh Kelly Motorcars in PA di Amerika Syarikat. Nah, ia bukan sekadar sebuah Carrera biasa, tetapi telah dipertingkatkan dengan kosmetik dan juga kuasa. Berapa harganya? USD110,000, harga yang sangat meninggal dunia bagi sebuah Carrera 2 keluaran 1995.

 

Tapi apa yang pembeli akan dapat?

Ia adalah badan kerangka asal Carrera 911 keluaran 993 tahun 1995 yang dilengkapi kit badan lebar. Menurut pihak Kelly, kereta ini telah dibina kira-kira tiga tahun lepas oleh pemiliknya. Semenjak siap, ia tidak pernah dipandu dan hanya diparkir di garaj rumahnya.

BACA: 911 UNTUK DIPANDU, BUKAN DINIAGAKAN!

Sekali imbas, kit lebar ini kelihatan seperti kerja RWB, tetapi sebenarnya ia dibuat oleh VAD (Vogue Auto Design). Ia dipadankan pula dengan rim SSR Professor, tayar Proxes R888 dan sistem brek dari caliper gergasi 993 Turbo. Ia diakhiri dengan sistem suspensi udaraAccuAir.

Kereta ini telah dilayangkan dengan warna Continental Orange yang menurut pemiliknya bukan setakat cat semata-mata. Badan kereta ini telah dikikis hingga ke dasarnya sebelum menjalani kerja pembuatan semula badan supaya lebih tahan lama.

Jika senarai pengubahsuaian ini tidak cukup, sila buka hud belakangnya. Enjin 3.6 liter asal telah dibuang jauh-jauh dan digantikan dengan enjin Corvette LS1 V8 5.7 liter. Enjin ini mampu menghasilkan sekitar 475 kuasa kuda dan bunyi yang cukup garang untuk sebuah Porsche.

Menarik kan? Tengok video di bawah

 

 

GALERI

Google ads
Back to top button