Buletin

PERODUA DEDAH TEASER VIDEO ALZA 2022. KONFEM LANCAR TAK LAMA LAGI!

Perodua menghangatkan lagi penantian rakyat Malaysia terhadap model pengganti Alza apabila berkongsoi satu klip video berdurasi 50 saat di laman Facebook rasminya. 

Dengan tajuk Perodua Smart Build, video berkenaan memaparkan hampir keseluruhan rupa luaran dengan kod model D27A tetapi dalam persekitaran yang gelap. Namun, ia sudah cukup untuk menunjukkan siluet badan yang dijangka mendapat sambutan hangat. 

Video berkenaan turut mengetahkan bahawa D27A adalah satu inovasi, hasil kolaborasi strategik di peringkat global yang menggabungkan kepakaran tenaga kerja Perodua di luar negara.

Diinspirasikan daripada DNA Perodua Smart Build, Alza 2022 dikatakan sebuah kenderaan yang lebih bijak, selamat dan mesra alam. 

Dilihat dari arah depan, Alza mengekalkan fascia X yang kini digunakan oleh Myvi dan Ativa. Gril hadapan yang dipasang dengan logo Perdua bersaiz agak besar otu dia[it oleh sepasang lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED nipis. Bahagian bawah bampar juga dilengkapi sepasang lampu kabus LED. 

Dari arah sisi, Alza baharu ini jelas kelihatan seperti sebuah MPV dan tidak lagi seperti Alza lama yang lebih kepada reka bentuk sebuah wagon. Saiz rim yang digunakan bagaimanapun masih belum dapat dipastikan setakat ini. 

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Alza merupakan kembar kepada model Toyota Veloz/Daihatsu Xenia/Toyota Avanza yang sudahpun dilancarkan di pasaran Indonesia. Alza berkemungkinan besar dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi biasa (NA) yang mampu menjana 106PS dan tork 137Nm. 

Kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear Dual-mode CVT (D-CVT). Sama seperti model-model baharu Perodua, jentera itu pastinya dipasang dengan sistem kelsematan yang menyeluruh seperti Perodua Smart Drive Assist (PSDA) dan beg udara. 

Google ads
"
"
Back to top button