PERODUA MULAKAN KAJIAN ATIVA HYBRID. LIBATKAN 300 PENGGUNA, TEMPOH 5 TAHUN
Perodua akan memulakan kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan melibatkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid.
Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Responden yang disasarkan kepada pembeli Ativa, kenderaan hibrid dan mereka yang ingin menggunakan kenderaan secara langganan.
Tujuan lain adalah untuk memahami penerimaan para pengguna terhadap perkhidmatan langganan 5 tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah “EZ MOBi”.
āPerodua Ativa Hybrid ialah kenderaan terbaik untuk kami mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal.
“Data ini akan digunakan untuk mengenal pasti keperluan para pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik,ā kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datoā Sri Lokman Hakim Ali, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengerusi Daihatsu, Encik Sunao Matsubayashi.
BACA: PERODUA ATIVA HYBRID MUNCUL LAGI. CBU JEPUN, 300 UNIT SAHAJA, HANYA DIJUAL SECARA PAJAKAN?
BACA: PERODUA MYVI AKAN GUNA DCVT, TAPI TAK SAMA DENGAN GEAR ATIVA?
BACA: BANJIR PUNYA HAL. PEMILIK ATIVA REDA WARANTI TERBATAL, BARU 2 BULAN PAKAI
BACA: PERODUA PERKENAL ATIVA HYBRID. 102HP/106NM, 31.KM/L. TAK JUAL, UJI MINAT PROGRAM LANGGANAN