Buletin

PERODUA PENUHI JANGKAAN PELANGGAN. MAKSIMUMKAN POTENSI INDUSTRI AUTOMOTIF TEMPATAN

Perodua memaksimumkan potensi dengan memenuhi jangkaan pelanggan dalam pelbagai aspek dan hasilnya, Perodua berjaya mencipta rekod prestasi terbaik pada tahun lepas.

Pengeluaran Perodua telah meningkat sebanyak 49.5 peratus atau 289,054 unit pada tahun lepas berbanding 193,400 unit pada 2021. Dari segi jualan, terdapat peningkatan 48.2 peratus atau 282,019 unit berbanding 190,291 unit pada 2021.

Dari segi selepas jualan, pengambilan servis telah meningkat 2.6 juta, naik sebanyak 30 peratus berbanding 2.0 juta pada tahun 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Matlamat kami adalah untuk memenuhi jangkaan para pelanggan. Bukan sahaja dari segi penyampaian produk dan perkhidmatan, malah dalam memperkenalkan tawaran nilai yang lebih hebat kepada semua rakyat Malaysia.

“Ini boleh dilihat pada prestasi pengeluaran serta jualan Disember 2022 yang secara puratanya 1,000 kenderaan dikeluarkan dan didaftarkan setiap hari.”

Bagi tahun 2023, Perodua dan rakan niaganya akan memberi tumpuan untuk memanfaatkan pertumbuhan yang dicapai setakat ini dan mengembangkan lagi kapasiti.

Perodua berharap harga bahan mentah serta harga bahan api kekal terurus, selain mengharapkan pertukaran mata wang asing dan kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri. Sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan mengekalkan harga kenderaannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu di dalam produk dan perkhidmatannya pada masa hadapan serta melabur dalam inovasi teknologi.

“Kami akan mengumumkan senarai penuh sasaran kami pada Januari,” kata ZainaL sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan berterusan kepada Perodua.

Google ads
Back to top button