Buletin

PETRONAS SYNTIUM DENGAN TEKNOLOGI COOLTECH – TAWAR MINYAK ENJIN UNTUK KERETA HIBRID

PETRONAS Lubricants International (PLI) hari ini melancarkan rangkaian minyak enjin baharu yang dikenali sebagai PETRONAS Syntium dengan teknologi °CoolTech™. 

Siri enjin itu merangkumi minyak enjin yang pertama untuk kereta hibrid, sekali gus menandakan penyertaan PLI ke dalam pasaran kereta berkenaan. 

Selain lima naik taraf pada rangkaian produk PETRONAS Syntium 7000, penambahbaikan juga dibuat ke atas siri PETRONAS Syntium 3000, PETRONAS Syntium 800 dan PETRONAS Syntium 500. Ia bagi memberikan prestasi enjin lebih baik dan tahap emisi karbon yang lebih rendah.  

PETRONAS Syntium dengan teknologi °CoolTech™ diformulasi bersama rantaian minyak yang kuat untuk menghalang kerosakan akibat kepanasan enjin yang berlebihan.

Kecanggihan formula ini dapat melindungi komponen-komponen penting enjin, memaksimumkan kuasa enjin dan kecekapannya.  

Rangkaian minyak pelincir itu dipertontonkan buat pertama kali di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global PETRONAS di Turin, Itali.

Turut hadir iaah pemandu pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Formula One, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas, serta ketua pasukan  Toto Wolff.

“Teknologi menjadi pemacu utama perniagaan dan membezakan kami dengan pesaing lain dalam industri. Kami berbangga untuk memperkenalkan rangkaian minyak enjin baharu PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™, termasuklah PETRONAS Syntium 7000 Ultimate Series,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo. 

Rangkaian minyak enjin PETRONAS Syntium 7000 akan ditawarkan ke seluruh dunia secara berperingkat mulai suku kedua 2019. 

Google ads
Back to top button