
STERENG BAHARU MERCEDES-BENZ ADA FUNGSI PERSIS PENGHAWA DINGIN
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa permohonan paten baharu dari pengeluar-pengeluar kenderaan difailkan di pejabat harta intelektual seluruh dunia.
Antaranya merupakan rekaan terbaharu stereng.
Terbaharu, portal automotif CarBuzz mendapati terdapat permohonan paten difailkan di pejabat tanda dagangan Jerman menunjukkan Mercedes-Benz membuat permohonan berhubung rekaan stereng baharu.
Menariknya tentang rekaan tersebut adalah ia berupaya mengeluarkan udara melalui pot stereng terbabit.

Secara dasarnya, rekaan terbaharu itu dapat menyalurkan udara terus kepada para pemandu dan kawasan sekeliling.
Bahasa lebih mudah, stereng berkenaan akan bertindak seperti penghawa dingin.
Mercedes-Benz juga mempertimbangkan kesan yang mungkin ada pada sistem kawalan iklim dan akan mengubah aliran udara serta suhu mengikut kesesuaian.

Selain itu, kebarangkalian lain adalah sistem tersebut mampu dikawal secara manual sama seperti mengendalikan penghawa dingin.
Pengeluar dari Jerman itu turut memasukkan beberapa kaedah untuk mengawal aliran udara sekali gus memberi peluang kepada pemandu untuk mengawalnya. – carbuzz




