,
Buletin

PILIHAN WARNA COKLAT UNTUK KABIN HONDA HR-V RS. HARGA SAMA, RM124.8K

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh memilih warna dalaman coklat gelap yang lebih bergaya untuk model HR-V RS, selain warna hitam sedia ada.

Warna dalaman baharu ini dikenakan pada bahagian konsol tengah, panel hadapan, panel pintu dan tempat duduk.

Warna coklat gelap itu diperkenalkan secara eksklusif ke pasaran malaysia dan sudah boleh ditempah di 101 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Dilancarkan pada tahun 2015, lebih 91,000 unit HR-V sudah terjual di Malaysia. Model facelift diperkenalkan pada tahun Januari 2019 dan telah mencatat jualan sebanyak 19,000 unit. Varian RS menyumbang sebanyak 21 peratus jualan tersebut.  

HR-V kekal menjadi SUV kompak yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen SUV bukan nasional dengan perkongsian pasaran sebanyak 85 peratus.

HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT untuk menawarkan kuasa dan penjimatan bahan api yang seimbang.

Ia juga dilengkapi sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) untuk pengalaman pemanduan yang lebih responsif.

Warna dalaman coklat gelap itu melengkapkan lagi tawarkan yang ada di dalam kabin HR-V. Ini termasuklah  paparan audio bersaiz 7 inci, paddle shifter dan Honda LaneWatch. Ia juga menawarkan ruang kargo yang sangat praktikal.

HR-V RS dengan kemasan dalaman baharu ini ditawarkan pada harga RM124,800 seunit (di atas jalan, tidak termasuk insurans), sama seperti varian RS sekarang.

Jentera itu didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, putih mutiara dan kelabu metalik.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button