Motosikal

PIRELLI DIABLO ROSSO SPORT – AKHIRNYA ADA SAIZ UNTUK KAPCAI!

Sewaktu perlumbaan WorldSBK berlangsung di Thailand, syarikat tayar terkemuka Pirelli Aspac (Asia Pacific) telah melancarkan varian terbaru
Pirelli Diablo Rosso Sport.

Lazimnya, tayar Rosso Sport hanya menumpukan pada motosikal 250cc ke atas, namun menyedari kehendak pengguna yang semakin cerewet, Pirelli telah memperkenalkan pilihan untuk motosikal underbone.

Tayar yang diproduksi di kilang Pirelli di Subang, Jawa Barat ini merupakan kerjasama antara PT Astra Otoparts Tbk dengan Pirelli Tyre S.p.A melalui syarikat khusus PT Evoluzione Tyre.

Saiz yang ditawarkan kini bermula dari ukuran 70/90-17 hingga 150/60-17. Ia boleh dikatakan menawarkan hampir kepada semua model moped yang ada di pasaran Asia Tenggara.

Tayar ini dibina berdasarkan penilitian pasukan R&D Pirelli khususnya di kawasan Asia Pasifik. Menurut Pengarah Pemasaran Pirelli Tyre S.p.a Asia Pacific, Flavia Maffeis;

Kami sedar tentang permintaan segmen ini. Justeru kami hasilkan tayar yang mempunyai cengkaman terbaik di jalan kering atau basah. Ia juga menjanjikan pengendalian yang, tahan lama serta kukuh. Melalui Diablo Rosso Sport ini kami mencipta tayar yang memiliki profil perlumbaan serta rekabentuk bunga yang efisyen,”

SAIZ DAN UKURAN YANG DITAWARKAN

TAYAR HADAPAN

70/90 – 17 M/C 38S TL
80/80 – 17 M/C 46S TL Reinf
80/90 – 17 M/C 44S TL
90/80 – 17 M/C 46S TL
100/80 – 17 M/C 52S TL
110/70 – 17 M/C 54S TL
120/70 – 17 M/C 58S TL

TAYAR BELAKANG

130/70 – 17 M/C 62S TL
140/70 – 17 M/C 66S TL
150/60 – 17 M/C 66S TL


Google ads
Back to top button