Buletin

POLESTAR 5 PROTOTYPE MUNCUL DI GOODWOOD – GT PESAING TAYCAN BERKUASA 884 HP

Awal tahun 2020, Polestar mengumumkan pembangunan sebuah model yang mampu bersaing dengan Porsche Taycan, dengan memperkenalkan konsep Precept yang kemudian disahkan nama produksinya sebagai Polestar 5.

Kini, versi prototaip Polestar 5 secara rasmi meluncur di acara Goodwood Festival of Speed di mana kereta itu masih lagi sarat dengan pelekat samaran.

Berdasarkan imej yang dibekalkan, Polestar 5 ini dilihat membawakan persamaan rekaan seperti model konsep Precept, serta imej paten yang terdedah beberapa ketika yang lalu.

Hanya beberapa komponen seperti lampu utama digantikan dengan unit lampu sementara, sekadar cukup syarat untuk membolehkannya dipandu atas jalan raya.

Dari segi kuasa, pihak pembangun menyasarkan kuasa setinggi 884 hp dan daya kilas 900 Nm terima kasih kepada tetapan motor elektrik berkembar, serta senibina elektrik 800 voltan.

Dipadankan dengan platform bespoke, Polestar 5 bakal menjadi sebuah model Grand Tourer yang menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik serta prestasi yang menyamai kereta-kereta sports masa kini.

Polestar 5 akan didedahkan secara rasmi menjelang akhir 2023, selepas pengenalan model SUV Polestar 3 dan SUV coupe Polestar 4.

Google ads
Back to top button