
PERLUMBAAN PERTAMA ATC DI LITAR MANDALIKA DIBATALKAN. LITAR BELUM SEDIA, MARSHAL TAK CUKUP, ALAMI MASALAH TEKNIKAL
Semalam (14 November 2021) sepatutnya mencatat sejarah untuk Indonesia dan Asia kerana perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) bakal berlangsung buat julung-julung kalinya di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Lombok.
Malangnya, perlumbaan yang ditunggu-tunggu itu terpaksa dibatalkan dan ditunda ke minggu hadapan. Memetik info daripada laman Facebook Two Wheels, penganjur didakwa mengambil keputusan itu kerana permukaan litar berkenaan masih belum bersedia sepenuhnya.
Malah, jumlah marshal yang bertugas juga tidak cukup dan tidak memenuhi regulasi perlumbaan. Lebih mengecewakan, perlumbaan gagal disiarkan secara langsung berikutan masalah teknikal.
Dalam satu kenyataan rasmi daripada Idemitsu, Dorna Sport dan Persatuan Grand Prix Mandalika mengesahkan bahawa musim terakhir ATC akan melibatkan empat perlumbaan dan berlangsung bermula 19 hingga 21 November bersama saingan WSBK.
“Pusingan pertama ATC di Mandalika dirancang dalam usaha membolehkan litar baharu ini menguji kemudahan dan perkhidmatannya. Masalah yang dihadapi oleh persatuan sukan telah dikenal pasti dan sedang ditangani untuk memastikan keselamatan penunggang sebaik sahaja perlumbaan dijalankan kelak,” jelas kenyataan tersebut.
- BACA: BUKA KOTAK JENTERA WSBK DUCATI, TINDAKAN BODOH DAN MEMALUKAN NEGARA – TENTERA BAWANG INDONESIA
- BACA: COVID-19 TIDAK RENCAT PEMBINAAN LITAR MANDALIKA DI LOMBOK, INDONESIA
- BACA: INDONESIA JUGA SUDAH MEMPUNYAI PASUKAN MOTOGP SENDIRI UNTUK MUSIM 2021
- BACA: HELAH BALIK KAMPUNG NAIK KERETA YANG DITUNDA GAGAL