
DAH LAA NAIK MOTOSIKAL CURI, LAWAN ARUS PULA!!!
Seorang penunggang lelaki yang melawan arus di Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE) arah Permatang Pauh ke Seberang Jaya, Seberang Perai semalam dikatakan menunggang motosikal curi.
Kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu tular di laman sosial selepas tindakan tersebut telah dirakam oleh pengguna jalan raya lain sebelum dimuat naik ke laman sosial.
Video berdurasi kira-kira seminit itu memaparkan seorang lelaki menunggang secara bersendirian di lorong tengah lebuh raya yang dipercayai dirakam oleh pemandu dari arah jalan bersebelahan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada individu yang merakam video atau orang awam berhubung kejadian itu.
“Siasatan polis bagaimanapun mendapati motosikal itu ditemui ditinggalkan di Kilometer 8.4 arah barat di BKE.
“Semakan lanjut mendapati, motosikal itu dilaporkan hilang di Perai pada hari sama,” katanya.
Shafee berkata, pihaknya sedang mengesan penunggang dan individu yang merakam video berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Kosmo!
- BACA: ANAK JATUH NAIK MOTOSIKAL CURI, MAK SALAHKAN POLIS PULA
- BACA: PERANTI GPS BMW S1000RR TEMUI KEDAI POTONG MOTOSIKAL CURI
- BACA: REMBAT MOTOSIKAL DELIVEROO. POLIS JEJAK SISTEM PENGESAN JUMPA PENCURI,SENJATA DAN DADAH!!!
- BACA: RAKAM AKSI BERBAHAYA DENGAN MOTOSIKAL CURI – LELAKI INI KENA PENJARA 21 BULAN







