
SKUTER ELEKTRIK KYMCO F9. 0-50KM/J CUMA 3 SAAT. 120KM SEKALI CAJ PENUH
Pengeluar skuter terkenal dari Taiwan, Kymco baru-baru ini memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya, Kymco F9.
Dilengkapi motor elektrik berkapasiti 9.4kW (12.6hp) dan direka unuk tunggangan sporty, F9 disifatkan oleh Pengerusi Kymco sebagai sebuah motosikal elektrik yang cool.
Penampilan sporty F9 diserlahkan menerusi lampu hadapan LED kompak dan rim aloi bersaiz 14 inci berwarna kuning

Jentera tersebut didakwa mampu mencatat kelajuan maksimum 110km/j dan boleh memecut dari 0-50km/j dalam masa cuma 3 saat. F9 menggunakan transmisi automatik dua kelajuan yang pertama di dunia.
Transmisi itu dibina khas untuk mengoptimumkan kecekapan motor dan penghantaran kuasa ke roda.
Dengan sekali caj penuh, bateri 96V berkapasiti 40Ah berkuasa 30Nm tork itu boleh bergerak sejauh 120km. Bateri itu memerlukan masa selama dua jam untuk dicaj penuh jika menggunakan pengecasan pantas.

F9 hanya seberat 107kg, ia hasil daripada rekaan chasis unik yang menggabungkan bateri sebagai sebahagian daripada stuktur kerangka. Penggunaan tayar lebar pula membantu memberikan cengkaman lebih baik ketika di selekoh.
Memiliki ketinggian pelana 790mm, skuter itu juga hadir bersama ciri Bluetooth untuk disambungkan dengan telefon pintar.
- BACA: SKUTER ADVENTURE KYMCO DT360. MODENAS, TOLONG REBADGE MODEL NI BOLEH?
- BACA: #IKLANPILIHAN: YAMAHA T-MAX 500 BELUM DAFTAR. CUMA RM23K!
- BACA: PIAGGIO MEDLEY S, ADA SESIAPA NAK BELI BUAH PINGGANG ABANG JAPAR?
- BACA: SIAPA PALING BANYAK JATUH DALAM PERLUMBAAN MOTOGP, MOTO2 DAN MOTO3 MUSIM 2020? CUBA TEKA…
GALERI













