Buletin

TEASER KIA CARNIVAL/SEDONA MULA TERSEBAR. BAKAL DIPASARKAN Q3 TAHUN INI

Imej teaser generasi keempat Kia Carnival/Sedona telah dilancarkan pembikin automotif Korea Selatan itu dan dijadual memasuki pasaran tidak lama lagi.

Model terbaharu itu kelihatan sangat berbeza berbanding model terdahulu. Reka bentuknya kini menonjolkan konsep SUV yang lebih sporty dan elegan.

Rekaan lampu utama hadapan kelihatan lebih tajam dan moden. Ia juga masih mengekalkan gril tiger nose yang cukup sinonim dengan jenama Kia.

Bahagian sisi pula, Kia Carnival 2021 tidak menampakkan kehadiran tiang B untuk memberi pandangan seperti bumbung yang terapung. Perincian struktur kenderaan ini dilihat lebih halus, sekali gus menyerlahkan karekter model terbaharu ini.

Difahamkan, Kia Carnival 2021 akan menggunakan platform sama seperti Kia Sorento. MPV itu didatangkan dengan pilihan enjin turbo 2.5 liter petrol (281PS), enjin 1.6 liter turbo (230PS) atau enjin diesel turbo 2.2 liter yang mampu menghasilkan kuasa 202PS. – carscoops

Google ads
Back to top button