SAUDARA PEREMPUAN PEMANDU MASERATI TERBABIT KES HERET POLIS KEMUKA RAYUAN, MOHON KERETA DIPULANGKAN
Pada Januari 2020, seorang pemandu Maserati di Singapura, telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tujuh bulan serta lesen memandunya digantung seumur hidup kerana mengheret seorang pegawai polis trafik dengan keretanya sejauh lebih 100 meter semasa cuba melarikan diri.
Selain dipenjara, Lee Cheng Yan juga didenda sebanyak AS$2,814 (RM12,005). Baru-baru ini, saudara perempuan kepada Lee telah mengemukakan rayuan kepada mahkamah supaya kenderaan itu dipulangkan.
Saudara perempuannya mendakwa bahawa dia bersama ibu bapanya yang sudah tua terpaksa membayar kos guaman, selain untuk menyara dua anak perempuan Lee di Jepun.
Dia turut memberitahu kepada pihak mahkamah bahawa ibu mereka telah menjual barang kemasnya untuk membantu Lee.
Justeru, keluarga Lee mahu menuntut Maserati milik Lee daripada mahkamah kerana wang hasil penjualan kereta itu boleh digunakan untuk menampung segala kos yang diperlukan.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Timotheus Koh memohon agar kes itu ditangguhkan selama empat minggu atas dua faktor yang perlu diteliti iaitu pertama, memberi waktu kepada keluarga Lee menyediakan sebarang dokumen penyerahan.
Sebab kedua adalah bagi membolehkan pihak mahkamah melakukan pemeriksaan sama ada syarikat kredit terikat dengan pembelian kereta Maserati tersebut.
Kronologi kesalahan Lee kini berusia 39 tahun, ialah pada 2017 dia telah mengheret seorang pegawai polis trafik sejauh 100 meter.
Kesalahan kedua pula pada 2022 di mana dia mengulangi kesalahannya dengan memandu, meskipun sedang menjalani hukuman larangan memandu. Lee menghadapi 79 tuduhan keseluruhannya dan dihukum dalam dua perbicaraan berasingan.
Di bawah Akta Trafik Jalan Raya, dalam kes melibatkan pesalah berulang, mahkamah perlu mengeluarkan arahan agar kenderaan terbabit disita. – The Star
- BACA: CUBA TIPU POLIS DENGAN TAMBAH JALUR PADA KERETA, LELAKI DIHUKUM PENJARA 4 BULAN
- BACA: NYALAKAN ROKOK SEBELAH TONG LPG, PENCUCI KERETA DIHUKUM PENJARA. LEBIH 600 KERETA TERBAKAR
- BACA: PEMANDU FORD MUSTANG BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 6 TAHUN – LANGGAR BAS SEKOLAH PULOK DOH
- BACA: PEMANDU MITSUBISHI TRITON LAWAN ARUS BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG