Motosikal

KTM NAK LELONG JENTERA ISTIMEWA 890 DUKE R BANTU MANGSA BANJIR

Pada tahun lalu, beberapa bahagian di Eropah telah dilanda banjir besar sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda, hilang pekerjaan malah mangsa kehilangan nyawa.

Bencana terbabit telah mendorong banyak organisasi awam dan swasta membantu komuniti tempatan untuk memastikan survival mangsa-mangsa banjir.

Tidak terkecuali, pengeluar motosikal berusaha dalam menghulurkan bantuan meringankan beban mangsa-mangsa banjir agar dapat terus bangkit daripada bencana terbabit.

KTM merupakan antara pengeluar motosikal yang ingin bersama-sama membantu dengan bergandingan bersama organisasi bantuan Jerman, Aktion Deutchland Hilft.

Pengeluar motosikal itu akan melelong jentera KTM 890 Duke R untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Jentera itu bukan sebarang KTM 890 Duke R tetapi sangat istimewa apabila ia mendapat tanda tangan pelumba KTM Factory Racing MotoGP, Miguel Oliviera.

Selain itu, KTM 890 Duke R istimewa tersebut didatangkan aksesori mewah KTM Power Parts seperti muffler slip-on Akrapovic, pelindung penutup klac, penutup bendalir brek, pelindung penutup pencucuh, brek dan lever.

Jentera berkenaan turut dilengkapi TechPack termasuk bantuan elektronik penunggang.

KTM 890 Duke R akan dilelong dengan bidaan permulaan sebanyak 1,000 euro (RM4,750) bermula 20 Januari ini di platform web United Charity Foundation.

Lelongan online akan dibuka sehingga 20 Februari tahun ini –rideapart

Google ads
Back to top button