" "
Buletin

PROLINTAS TUTUP BEBERAPA KEMUDAHAN R&R LEBUH RAYA SEPANJANG PKPB

Kumpulan Syarikat PROLINTAS hari ini mengumumkan bahawa beberapa kemudahan di kawasan rehat dan rawat dan hentian sebelah di lebuh raya-lebuh raya seliaannya akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. 

Kemudahan yang ditutup adalah pusat khidmat pelanggan dan surau di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Penutupan kemudahan ini dijadualkan berakhir pada Selasa, 27 Oktober 2020.

Bagi pengguna yang ingin melakukan tambah nilai adalah dinasihatkan untuk menggunakan mesin layan diri yang ditempatkan di beberapa kawasan sepanjang lebuh raya PROLINTAS. Selain itu, pengguna juga digalakkan untuk melakukan transaksi tambah nilai menerusi e-Wallet.

Bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19, gerai makanan di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan) GCE kini beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan oleh kerajaan.

Antaranya menghadkan kepada dua orang bagi setiap meja, selain menggalakan pengguna untuk beli dan membawa pulang makanan.

PROLINTAS menasihatkan pengguna untuk sentiasa kekal tenang dengan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menjalani pemeriksaan suhu badan, mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan cecair anti kuman yang disediakan di seluruh premis lebuh raya PROLINTAS.

Semasa pelaksanaan tempoh PKPB ini, PROLINTAS mempunyai lebih dari 200 petugas yang berkhidmat di lebuh raya seliaannya. Selain sentiasa memastikan kelancaran operasi serta komited untuk bersama-sama memerangi wabak COVID-19.

Untuk sebarang perkembangan terkini operasi lebuh raya PROLINTAS, sila layari laman web www.prolintas.com.my, Facebook Page di PROLINTAS Highways dan Instagram di prolintas.group.

Google ads
Back to top button