Buletin

PROMOSI TAHUN BARU MITSUBISHI

Raikan tahun baru dengan penuh gaya dan penjimatan bersama Mitsubishi ASX dan Triton VGT GS menerusi Promosi Tahun Baru Mitsubishi.

Mitsubishi-new-year-promotion-mekanika (3)

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memulakan kempen tersebut dengan memberi tawaran yang cukup menarik. Untuk layak, anda perlu menempah ASX atau Triton VGT GS sebelum 30 Januari 2015.

SUV kompak ASX kini ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM4,000. ASX berharga RM114,743 untuk varian 2WD dan RM128,879 (4WD) bersama jaminan selama lima tahun serta perbatuan tanpa had.  

Mitsubishi-new-year-promotion-mekanika (4)

ASX dijana oleh unit enjin MIVEC 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 150PS dan 197Nm. Ia kemudiaan dipadankan dengan kotak gear INVECS-III CVT bersama Sports Mode enam kelajuan.

Mitsubishi-new-year-promotion-mekanika (2)

Untuk pembeli Triton VGT GS pula, anda akan ditawarkan dengan rebat tunai  sebanyak RM10,000! Berharga RM107,809 seunit, trak pikap ini didatangkan dengan pelbagai ciri seperti bumbung suria, lampu projektor, rim aloi bersaiz 17 inci, tempat duduk kulit serta unit audio bersama skrin sentuh.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button