Buletin

PROTON & BANK RAKYAT TAWAR SKIM PEMBIAYAAN SEHINGGA 100%. FAEDAH CUMA 2.88% SETAHUN

PROTON dan Bank Rakyat baru-baru ini menawarkan pakej pembiayaan istimewa untuk graduan baharu dan kakitangan kerajaan bagi kereta-kereta Proton terpilih.

Pakej istimewa yang sah hingga 31Disember 2019 itu menyediakan pembiayaan sehingga 100% bagi setiap pembelian. Ia terdiri daripada dua jenis kadar pembiayaan istimewa iaitu An-Naqlu 1 dan An-Naqlu 2.

An-Naqlu 1 menawarkan pembiayaan 90 peratus bermula pada kadar menarik sebanyak 2.88 peratus setahun. Manakala An-Naqlu 2 pula menyediakan pembiayaan 100 peratus bermula pada kadar 3.30 peratus setahun.

Tawaran tersebut terhad kepada graduan baru warganegara rakyat Malaysia berusia antara 20 hingga 30 tahun serta kakitangan kerajaan berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga.

Program Insurans PROTON

Pengarah Jualan Korporat di PROTON, Fazli Hisham Shukor memberitahu tawaran itu merupakan antara usaha PROTON untuk membantu memudahkan pemilikan kenderaannya.

“Di bawah skim istimewa ini, Bank Rakyat menawarkan kelulusan pembiayaan mudah kepada pelanggan. PROTON pula menjadikan tawaran ini lebih menarik melalui pakej servis percuma sehingga dua tahun, bergantung kepada model yang mereka pilih,” katanya.

Saga didatangkan dengan pakej servis percuma selama setahun. Sementara  Persona dan Iriz pula selama dua tahun, termasuklah kos pekerja dan alat ganti secara percuma.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang menikmati kelebihan tambahan daripada pakej insurans yang telah dipertingkatkan. Mendapat kerjasama Etiqa Takaful dan Zurich Takaful, Program Insurans PROTON menyediakan perlindungan khas.

Ia merangkumi perlindungan utama, elaun banjir serta perlindungan untuk semua pemandu, termasuklah jaminan sifar lebihan caj untuk kereta Proton sehingga 10 tahun.

Pelanggan yang berminat dengan pakej pembiayaan istimewa ini boleh mendapatkannya di semua cawangan PROTON di seluruh negara.

Mana-mana syarikat atau perbadanan yang berminat dalam program fleet, sila emel ke: [email protected].

Google ads
Back to top button