Buletin

PROTON LANCAR IRIZ FACELIFT. ADA VARIAN ACTIVE, BERMULA RM40,300 SEUNIT

PROTON hari ini melancarkan Proton Iriz 2022 baharu dengan reka bentuk terkini dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui. 

Model kompak Iriz ditawarkan dalam tiga varian iaitu Iriz 1.3L Standard CVT, Iriz 1.6L Executive CVT dan Iriz 1.6L Active CVT. Harganya pula bermula dari RM40,300 hingga RM54,000 seunit. 

Model yang paling menarik perhatian pastinya Iriz Active. Sebagai varian tertinggi, Iriz Active menerima beberapa penambahbaikan termasuklah lampu utama LED bersama fungsi on/off secara automatik, kemasan moulding pada arca roda, skirting sisi serta bahagian bawah bampar hadapan dan belakang.

Perubahan luaran dapat dilihat dengan bampar reka bentuk baru, melibatkan gril Infinite Weave, Ethereal Bow dan kemasan merah pada bahagian bawah gril. Bumbungnya pula diwarnakan hitam. Gayaan ‘crossover’ ditingkatkan menerusi pemasangan roof rail dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci. 

Bahagian belakang kini lebih sporty dengan spoiler, lencana PROTON dan kemasan berwarna perak pada bahagian bawah bampar. 

Iriz Active dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris DOHC VVT bersesaran 1,600cc yang mampu menjana 109PS dan tork 150Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT.

Aspek pengendalian diserahkan kepada topang MacPherson di hadapan dan torsion beam pada gandar belakang. Sistem brek pula terdiri daripada gabungan cakera ventilasi di hadapan dan jenis gelendong di belakang. 

Ruang kabin Iriz Active tampil sporty dengan jahitan benang merah pada tempat duduk yang dibalut material kulit dan fabrik. Sulaman Active terpapar pada penyandar belakang, manakala kemasan berwarna merah dipasang pada konsol yengah, corong pendingin hawa, karpet lantai dan tali pinggang keledar. Tidak ketinggalan, varian itu dipasang dengan  pedal aluminium yang sporty. 

Ia menggunakan unit infohibur dengan skrin terapung bersaiz  8 inci bersama fungsi navigasi serta arahan suara yang mampu mengawal sistem penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu. Ciri-ciri lain sistem tersebut ialah penstriman muzik, ramakan cuaca, ketersambungan telefon pintar, Bluetooth dan wifi 4G. 

Bagi kemudahan semua, ia turut menawarkan 6 port USB. Di samping paparan digital pendingin hawa, penapis udara N95 dan konsol tengah dengan perehat tangan dan ruang penyimpanan.

Dari segi keselamatan, Iriz menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Ia turut dilengkapi ciri keselamatan komprehensif seperti 6 beg udara (Active), ABS, EBD, BA, struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) Hill Hold Assist (HHA) dan sensor parkir depan belakang.

Iriz didatangkan dalam tujuh pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, biru,, merah (Ruby Red), oren dan merah passion untuk varian Active. Ia juga didatangkan bersama Pakej Pelancaran seperti berikut: 

GALERI

Google ads
Back to top button