Buletin

BILIK PAMERAN BYD BERKONSEPKAN PUSAT BELI BELAH KINI DIBUKA DI KUCHING

BYD, bersama-sama dengan Sime Darby Motors dan pengedar tempatan, Regas EV Auto Sdn. Bhd., mengumumkan bahawa bilik pameran berkonsepkan pusat beli-belah kini secara rasmi dibuka di Kuching, Sarawak.

Terletak di City One Megamall di Kuching, bilik pameran baharu itu menawarkan pengalaman unik kepada pembeli selain, memenuhi keperluan mereka melalui kemudahan sedia ada di pusat beli belah.

Mempunyai keluasan menjangkau 3,000 persegi kaki, bilik pameran itu beroperasi sebagai pusat 1S yang mempamerkan model terkini dalam pasaran.

Tambah BYD, bagi pelanggan yang mahu melakukan servis, terdapat pusat servis berdekatan boleh dilawati iaitu di Jalan Tun Jugah.

Bilik pameran baharu itu dibuka di City One Megamall pada setiap hari, bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Google ads
Back to top button