Buletin

PROTON TIDAK PERNAH LANTIK PIHAK LUAR SEBAGAI AGEN JUALAN. ORANG RAMAI DIMINTA BERHATI-HATI

Sedia maklum, Proton X50 merupakan model yang paling hangat diperkatakan sekarang. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, SUV kedua PROTON itu sudah menerima jumlah tempagan yang cukup tinggi.

Minat mendalam yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap X50 membuatkan ada segelintir yang mengambil kesempatan.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikongsi oleh PROTON malam semalam, mereka mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku sebagai agen PROTON atau mempunyai kaitan dengan PROTON

“PROTON ingin menegaskan bahawa hanya tempahan yang diterima melalui rangkaian jualan PROTON yang rasmi akan diakui sebagai tempahan yang sah. PROTON tidak pernah melantik mana-mana pihak di luar rangkaian jualan rasminya sebagai ejen jualan produk kami.

“Kami ingin menasihatkan semua bakal pembeli supaya sentiasa berwaspada deengan sebarang tuntutan dari individu atau organisasi. Kami juga ingin memohon semua pelanggan agar menghubungi pihak PROTON jika ada sebarang kemusykilan,” jelas PROTON

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian jualan rasmi PROTON, sila layari laman web rasmi: https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1-800-88-8398

Google ads
Back to top button