Buletin

PROTON X90 DIPERKENAL. SISTEM HIBRID RINGAN 48V, 190HP/300NM, PILIHAN 6 & 7 TEMPAT DUDUK, LANCAR SELEPAS HARI RAYA?

Proton hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik hidrid Proton X90 kepada media di studio rekaannya di Shah Alam, Selangor.

Hadir sebagai Kenderaan Tenaga baharu (NEV), ia menjadi sebahagian daripada komitmen Proton bagi mengurangkan pelepasan karbon bagi menetapkan standard baru dalam mobiliti mampan.

Tersedia dalam empat varian, Standard, Executive, Premium dan Flagship, model itu menawarkan enam pilihan warna. X90 merupakan model ketiga dalam keluarga X Proton selepas X70 dan X50.

Proton X90 tiba dalam konfigurasi 6 dan 7 tempat duduk. Konfigurasi 6 tempat duduk dilengkapi dengan tempat duduk kapten untuk menambah nuansa mewah kepada SUV ini.  

Proton X90 menampilkan jeriji dilihamkan dari songket, empat petak lampu LED, lampu isyarat sequential diletakkan pada jalur bawah dan bahagian sisi menonjolkan siluet berotot.

Di ruang kabin, Proton X90 dilengkapi skrin infotaimen bersaiz 12.3 inci dengan pemproses EO2 pada papan pemuka, di samping paparan skrin instrumen digital bersaiz 10 inci.

SUV tersebut dikuasakan oleh enjin TGDI 1.5 liter bersama sistem hibrid ringan 48V. Rangkaian kuasa itu terdiri daripada enam komponen utama iaitu motor Penjana Belt-Starter (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Sistem itu berupaya menghasilkan kuasa 190hp dan tork 300Nm, manakala sistem 48V memberikan kuasa tambah sebanyak 13hp dan tork 45Nm yang turut membantu menjimatkan bahan api. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7 kelajuan.

Pembaharuan lain untuk Proton X90 ialah pengenalan ciri keselamatan seperti Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Collision Warning (RCW) dan Traffic Sign Information (TSI).

Proton bagaimanapun masih belum mendedahkan harga X90. Menurut sumber, harganya mungkin bermula pada RM123,000 dan varian flagship berharga sekitar RM140,000.

Bagi pelanggan yang berminat untuk melihat SUV X90, Proton akan mengadakan sesi pra-tonton pada 8 April 2023.

GALERI:

Google ads
Back to top button