Buletin

PUSAT 3S BAHARU PROTON DIBUKA DI ALOR SETAR, KEDAH

Lee Motors (Alor Setar) Sdn Bhd telah beroperasi sebagai cawangan pengedar 3S sejak PROTON ditubuhkan pada tahun 1985. Premis ini mempunyai makna yang istimewa kepada pemiliknya kerana disitulah tempat di mana mereka memulakan penglibatan dalam perniagaan automotif.

Premis tersebut telah diubahsuai sepenuhnya untuk memenuhi ciri yang ditetapkan oleh PROTON, dibina dengan keluasan 1,060 meter persegi yang juga terletak ditengah-tengah bandar dan bersebelahan dengan Aman Central dikenali sebagai pusat beli belah utama bagi penduduk disitu.

Lokasinya juga sangat strategik kerana berdekatan dengan jalan utama yang mempunyai trafik tinggi. Cawangan ini boleh dilihat walaupun dari jauh. Dengan kemudahan yang ada, para pelanggan yang menunggu bagi mendapatkan servis juga boleh berkunjung ke pusat
beli belah itu yang terletak hanya bersebelahan premis tersebut.

Sejajar dengan hala tuju baharu PROTON, cawangan-cawangan di seluruh negara sedang sibuk menaiktaraf premis untuk memberikan kepada pelanggan perkhidmatan lebih baik dan cekap.

Peningkatan yang dilakukan selaras dengan pelan PROTON untuk memperlihatkan rupa baharu dan lebih segar. Penambahbaikan ini penting untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan servis terbaik, dengan memastikan ia berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memberikan kemudahan, keselesaan dan kepuasan pelanggan.

Encik Tony Thinagharan, Pemangku Pengarah, Perancangan & Pembangunan Rangkaian PROTON telah hadir untuk merasmikan majlis tersebut.

Cawangan yang dinaiktaraf ini menyediakan keselesaan serta kemudahan seperti ruang istirahat pelanggan yang selesa di mana pelanggan disediakan dengan minuman dan WIFI percuma serta kawasan penyelenggaraan yang boleh dilihat dari luar, ini membolehkan pelanggan melihat kereta mereka yang sedang diservis.

Premis ini boleh dilihat oleh pelanggan yang melalui jalan utama yang melalui kawasan di situ dan pelanggan boleh masuk dan keluar ke kawasan tersebut dengan mudah. Ini kerana kawasan tersebut telah dikaji terlebih dahulu untuk memastikan jualan dan servis yang berkesan yang akan memberikan kelebihan dan kepuasan kepada pelanggan apabila mereka berkunjung ke cawangan ini. Secara asasnya, mereka menumpukan untuk memberikan kegembiraan kepada para pelanggan apabila mereka masuk untuk membeli atau membuat servis di situ.

Cawangan yang dinaiktaraf ini dijangka akan meningkatkan jumlah jualan dan servis secara positif kerana cawangan ini memiliki kakitangan yang terlatih, berpengalaman serta sentiasa bersemangat untuk melayan pelanggan.

Menurut En Eugene Lee, Pengarah Urusan Lee Motors (Alor Setar) Sdn Bhd, apa yang paling penting dalam apa jua perniagaan yang dijalankan adalah dengan mempunyai nilai yang betul apabila menguruskan sesuatu perniagaan. Ini bermaksud, dengan melakukan perkara secara professional, penuh berintegriti, semangat dan kejujuran.

Janji-janji mestilah ditepati dan masalah pelanggan haruslah diselesaikan dengan pantas. Beliau turut menambah, pada industri perniagaan masa kini, memastikan pelanggan gembira dan berpuas hati telah menjadi keutamaan kerana pelanggan yang tidak gembira akan meninggalkan kita, justeru, cabarannya adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan dan sentiasa seiring dengan permintaan pasaran.

Google ads
Back to top button