Buletin

CHERY MALAYSIA TAWAR GANJARAN LUMAYAN UNTUK ATLET TEMPATAN DI SUKAN OLIMPIK PARIS

Sempena acara sukan berprestij, Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Paris bulan depan, Chery Malaysia hari ini mengumumkan sokongannya kepada atlet negara.

Menyedari kerja keras dan dedikasi yang dilakukan oleh atlet, Chery Malaysia teruja untuk menceriakan mereka untuk menggapai kegemilangan.

“Kami tahu mereka telah melakukan kerja keras dan latihan berjam-jam untuk perlawanan itu dan Malaysia berupaya mencapai pingat emas yang diidamkan oleh negara,” kata Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen.

Untuk terus memotivasikan dan menghargai usaha para atlet, Chery Malaysia menawarkan Tiggo 8 Pro tujuh tempat duduk kepada pemenang pingat emas.

Pemenang pingat Perak dan Gangsa masing-masing bakal menerima ganjaran berupa Omoda E5 dan Tiggo 7 Pro.

Kerjasama perkongsian itu diumumkan oleh Chen dalam acara yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia dan Penyelaras Road to Program Emas, Datuk Stuart Ramalingam bersama-sama Pengerusi Chery Automobile Co.,Ltd Yin Tongyue, dan Presiden Chery International, Zhang Guibing.

“Kami sememangnya sangat gembira dengan Chery Malaysia untuk memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang akan beraksi dalam Sukan Olimpik di Paris akan datang.

“Kami berharap ini akan merangsang para atlet untuk memberi yang terbaik dan membanggakan negara,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub.

Google ads
Back to top button