Buletin

REMAJA 18 TAHUN CURI DODGE CHARGER HELLCAT DICEKUP

Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan selepas berhadapan dengan tuduhan merompak, tindakan jenayah bersenjata dan menentang penahanan.

Remaja terbabit menyelinap ke kawasan Heartland Chrysler, Dodge, Jeep, dan Ram ketika seorang jurujual sedang memandu sebuah Dodge Charger Hellcat di kawasan tersebut.

Suspek, Javon Baker menghampiri kenderaan itu dan didakwa mengacukan pistol ke arah pemandu sebelum merampas kereta tersebut.

Baker kemudian melarikan diri dan berdasarkan data dalam sistem infotainment kenderaan tersebut, mencapai kelajuan 271km/j.

Polis bagaimanapun menghentikan pengejaran atas dasar kebimbangan terhadap keselamatan awam.

Keputusan tersebut selari dengan arahan daripada beberapa organisasi termasuk Jabatan Kehakiman.

Dalam kes ini, ia juga membolehkan pegawai untuk mendapatkan kembali kereta dengan kerosakan yang minimal.

Sheriff Clay County menemui kereta tersebut ditinggalkan berhampiran Sekolah Tinggi Liberty, kemudian memulakan pencarian suspek.

“Menggunakan rakaman kamera keselamatan, mereka mengesan suspek ke kompleks apartmen berhampiran, di mana unit K-9 berjaya menjejaki beliau,” kata Lt. Ryan Dowdy dari Jabatan Polis Excelsior Springs.

Kurang daripada empat jam, suspek sudah pun berada dalam penjara. Ini adalah contoh terbaik kerja penyiasatan yang menyeluruh.

Pegawai memanfaatkan semua bukti yang ada bersama dengan video dan anjing polis untuk menemui suspek.

Google ads
Back to top button