Buletin

FORMULA 1: FERRARI SF1000 MAHU TAMATKAN DOMINASI MERCEDES

Semalam, Ferrari memperkenalkan sebuah jentera Formula 1 baharunya pada persembahan teater di Pentas Opera Perbandaran Romolo Valli, Reggio Emilia, Itali.

Kemunculan tersebut membawa satu perbezaan, walaupun penampilannya dilihat sama seperti model tahun lalu.

Nama SF1000 diberi sempena penglibatan Ferrari kali yang ke-1,000 dalam Formula 1. Ferrari berharap, jentera itu dapat menewaskan Mercedes serta menghalang Lewis Hemilton daripada terus menjuarai perlumbaan buat kali ke-7 berturut-turut.

Ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto berkata, model kali ini menggunakan konsep yang baru iaitu memuatkan semua unit kuasa di dalam jentera tersebut sehingga menjadikannya lebih runcing.

Hal tersebut dipersetujui oleh juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dan rakan sepasukannya Charles Leclerc yang turut berada di atas pentas opera tersebut.

“Kami amat menyukainya, ia juga kelihatan lebih merah berbanding tahun lepas” tambah mereka.

Pada tahun lalu, Ferrari telah memenangi tiga perlumbaan, dua daripada Leclerc dan satu daripada Vattel. Walaubagaimanapun, perlumbaan dihabiskan dengan kemenangan dua kali berturut-turut oleh Mercedes.

Tags
Google ads
Back to top button