RENAULT KOLEOS FACELIFT 2021. 3 VARIAN, LAMPU LED PROVISION, BERMULA RM181,885
TC Euro Cars (TCEC) hari ini melancarkan SUV flagship, Koleos 2021 dengan tiga varian yang telah dinaik taraf iaitu Koleos, Koleos Signature dan Koleos Signature Plus.Â
Harga adalah seperti berikut:
- Koleos – RM181,885
- Koleos Signature – RM201,086
- Koleos Signature Plus – RM206,886
Bagi mereka yang ingin melanggan pula, anda boleh memandu sebuah Koleos dengan bayaran bermula hanya RM2,599 sebulan.Â
Sejak dilancarkan ke pasaran tempatan, Koleos yang tampil dengan rekaan mewah, keselesaan dan prestasi terbaik itu nyata berjaya menetapkan satu penanda aras dalam segmen SUV bersaiz besar.
Perubahan paling ketara yang diterima oleh Koleos facelift ini ialah penggunaan lampu utama LED PureVision dan lampu belakang LED. Teknologi LED ProVision menawarkan 10 peratus kecekapan tenaga berbanding lampu sebelumnya. Bagi lampu belakang pula, ia hadir dengan kluster gayaan 3D yang telah direka semula.
Keselesaan ruang kabin dipertingkatkan dengan rekaan yang ergonomik, bersama kemasan yang teliti. Model baharu itu didatangkan dengan dua kemasan iaitu upholsteri hitam Riviera dengan kemasan kayu gelap. Manakala untuk varian Signature dan Signature Plus pula, ia dilengkapi upholsteri Nappa bersama kemasan kayu berwarna kelabu.Â
Skrin sentuh bersaiz 8.7 inci yang diposisikan secara menegak itu didatangkan dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Autp, selain navigasi R-LINK2.
Varian Signature dan Signature Plus turut dilengkapi pelbagai ciri mewah seperti tempat duduk hadapan ventilasi dan tetapan perehat kepala untuk keselesaan maksimum. Standard untuk semua varian ialah ciri bukaan but belakang dengan pergerakan kaki di bahagian bawah bampar. Â
Koleos masih menggunakan khidmat enjin 2.5 liter petrol berkuasa 171PS dan tork 226NM yang dipadankan dengan kotak gear CVT X-Tronic.
Sama seperti model Renault yang lain, Koles hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan sejauh 15,000km (mana-mana tiba dahulu).Â
- BACA: DAPATKAN RENAULT CAPTUR TERPAKAI PADA HARGA BERMULA RM60,000. UNIT TERHAD, BELI SEGERA!
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R VS RENAULT MEGANE R.S. 300 TROPHY. MANA LAGI POWER?
- BACA: RENAULT CLIO V6 NAK DILEPASKAN, ANGGARAN RM216K – RM324K!
- BACA: MITSUBISHI JADI RUJUKAN RENAULT DAN NISSAN DI ASIA TENGGARA!
GALERI