Buletin

TOYOTA HARRIER 2021. ENJIN DYNAMIC FORCE. TSS. BERMULA RM250K

Membawakan intipati SUV urban premium sejak pertama kalI diperkenalkan pada 1997, Harrier telah menjadi satu nama yang cukup dikenali di Malaysia.

Sedia maklum bahawa Harrier generasi keempat dilancarkan di Jepun pada Jun tahun lalu. Diedarkan oleh UMW Toyota Motor, Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara yang menyaksikan Harrier dijual melalui saluran rasmi dengan jaminan penuh dan sokongan lepas jualan yang lengkap.

Penampilan Harrier diserlahkan dengan bahasa rekaan Dignified Elegance. Ia boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan yang dilengkapi sepasang lampu utama Bi-LED nipis. Di samping Lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L.

Bahagian belakang pula kelihatan ringkas dengan lampu LED dan muncung ekzos berkembar untuk tampil sporty.

Sunroof bersaiz besar itu dilengkapi dengan kaca elektro-kromatik yang boleh digelapkan melalui butang kawalan. Harrier juga memperkenalkan cermin pandang belakang paparan digital.

Ia mampu memaparkan imej langsung daripada kamera sudut-lebar berdefinisi tinggi, membolehkan penglihatan yang lebih jelas pada waktu malam dan menghapuskan silau.

Enjin Dynamic Force

Harrier serba baharu ini dikuasakan oleh enjin terkini Dynamic Force (M20A-FKS) 2.0 liter empat-silinder DOHC dengan Dual VVT-i (Variable Timing Intelligence) yang dikawal secara elektronik untuk mendapatkan maklum balas lebih pantas.

Ini merupakan versi paling maju bagi sistem berkenaan yang dibangunkan oleh jurutera Toyota sejak 30 tahun lalu.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi Direct Shift Continuously Variable Transmission (CVT) dengan Sequential Shiftmatic. Ia membolehkan pemandu menukar gear dengan lancar lebih lancar menerusi tiga mode pemanduan iaitu ECO, Normal dan Sport.

Geometri suspensi depan dan belakang yang telah dioptimumkan pula membuatkan strukturnya menjadi lebih tegar, seimbang, meyakinkan dan mudah dijangka.

Aspek kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) Harrier dipertingkatkan menerusi penggunaan tingkap dengan penyerap bunyi.

Platform TNGA-K

Dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-K, Harrier direka dengan struktur badan lebih kukuh dan titik graviti lebih rendah untuk memberikannya prestasi pemanduan lebih baik.

Harrier juga mempunyai kelebaran dan jarak antara roda lebih 20mm dan 30mm berbanding model lama. Ketinggian pula dikurangkan sebanyak 30mm. Karekter keseluruhannya disempurnakan dengan rim aloi 18-inci.

Ruang dalaman pula diserikan dengan sistem infohibur Display Audio skrin sentuh lapan inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Tidak ketinggalan, sistem pendingin hawa dua zon dan paparan meter Optitron dengan skrin MID tujuh inci berwarna.

Kemewahan bahagian dalaman diserlahkan lagi dengan tempat duduk dibalut kulit berwarna hitam, kerusi pemandu boleh laras 12 cara, kerusi penumpang hadapan boleh laras empat cara, paparan head-up dan slot pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Harrier dipasang dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pre-Crash System (PCS)
  • Lane Departure Alert (PDA) dengan Steering Assist
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) untuk semua tahap kelajuan
  • Adaptive High-Beam System (AHS)

Tidak ketinggalan, ciri keselamatan lain seperti 7 beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Intelligent Clearance Sonar (ICS), Pemantauan Titik Buta (BSM), serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Miliki sebuah hari ini!

Diimport sepenuhnya dari kilang Takaoka Toyota di Jepun, Harrier Luxury Grade ditawarkan dalam lima warna iaitu Steel Blonde Metallic; Slate Grey Metallic; Precious Black; Dark Blue Metallic; dan warna khas White Pearl Crystal Shine.

Jentera itu boleh anda miliki pada harga RM249,706 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI

Google ads
Back to top button