
MINYAK MAHAL, MFORCE UMUM REBAT SEHINGGA RM2,400 UNTUK SKUTER EV
Menyedari keadaan semasa melibatkan kenaikan harga minyak mendadak, MForce Bike Holdings memperkenalkan program MForce.Cas yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 bagi skuter elektrik.


Insentif yang sebelum ini ditawarkan pihak MARii (dikenali rebat MARiiCas) tidak disambung bermula Januari 2026. Untuk itu, pihak MForce mengambil pendekatan tersendiri dengan menawarkan rebat berkenaan.
Program MForce.Cas ini dibuka untuk semua segmen masyarakt bagi memastikan kelebihan motosikal elektrik dapat dinikmati secara menyeluruh.


Menurut MForce, kempen MForce.Cas ini akan berjalan dari 1 April hingga 30 Jun 2026.
Menariknya, semua skuter elektrik yang mendapat kelulusan VTA dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah layak untuk menikmati rebat ini. Namun begitu, kempem ini juga tertakluk kepada stok sedia ada.

Sebagai rujukan, MForce.Cas ini melibatkan jenama skuter elektrik dibawah payung MForce yang terdiri dari:
- EZI
- Zeeho
- Yadea
- QJMotor







