Buletin

ROLLS-ROYCE CULLINAN BLACK BISON EDITION. SUV GANGSTER SEBENAR

Sebagai sebuah SUV paling mewah di dunia, tidak banyak firma talaan yang berani menyentuh Rolls-Royce Cullinan. Namun, Wald International ingin menukar jentera tersebut menjadi sebuah SUV yang mampu menarik minat sesiapa sahaja yang memandangnya. 

Dikenali sebagai Cullinan Sports Line Black Bison Edition, ia membuatkan SUV mewah lain kelihatan seperti Perodua Alza sahaja. Tampil dalam warna hitam, elemen krom dan rim aloi bersaiz 24 inci memberikan kontras yang sangat padu. 

Penambahan lain yang dipasang pada badan Cullinan itu termasuklah lip hadapan, pemijak sisi, peresap udara dan spoiler belakang. SUV itu juga direndahkan sedikit berbanding model standar.

Tiada sebarang perubahan dibuat pada enjin, kerana kuasa yang ditawarkan sudah lebih daripada mencukupi. 

Ia menggunakan enjin V12 bersesaran 6.75v yang mampu menjana kuasa 563hp dan tork 850Nm. Kuasa itu sudah cukup untuk membolehkan Cullinan memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma lima saat.  

Wald International  menawarkan bodykit ekstrem itu pada harga AS$11,400 (RM47,300). Pasang sahaja, ia membuatkan ia seperti SUV yang dipandu oleh ketua kartel dadah. 

Sebenanrnya, Cullinan Sports Line Black Bison Edition merupakan projek terkini Wald International  selepas Mercedes GLE Coupe. 

Jika anda rasakan model ini terlalu ganas, Rolls-Royce ada menawarkan Black Badge Culina yang lebih berkuasa.

Ini bukanlah kali pertama firma talaan mengubah suai Cullinan. VF Engineering misalnya menawarkan naik taraf perisian untuk meningkatkan kuasanya kepada 663hp dan tork puncak 999Nm. 

Dengan harga tambahan AS$4,000 (RM16,000) sahaja, angka itu sangat kecil berbanding harga sebuah Cullinan iaitu sekitar AS$300,000 (RM1.3 juta). 

GALERI

Google ads
Back to top button