ROWAN ATKINSON NAK LELONG MERCEDES 500 E
Nama Rowan Atkinson CBE di bibir BBNU mungkin sedikit asing. Tapi tidak bagi sesiapa yang biasa melihat tv jenis berkotak dan bagak yang salurannya cuma setakat no. 3 sahaja di kala itu. Pemegang watak Mr Bean juga turut dikenali seorang penggemar kereta. Jangan dok ingat dia ada Mini hijau itu sahaja ya.
Kali ini Rowan Atkinson bakal melelong sebuah kereta yang berada dalam koleksi beliau, Mercedes 500 E pada Classic Car Auctions (CCA) pada 25hb Mei nanti.
Umum juga mengerti akan kelagendaan kereta Mercedes 500 E ini. Sebuah kereta Eksekutif (bukannya golongan Kulikutif macam Brader Karrager ya) dibina dengan kerjasama Porsche. Sudah tentulah jiwa kelajuan tersemat dalam enjin 5.0 liter V8 ini.
Bagi Rowan Atkinson sendiri, kereta ini memiliki sejarahnya yang tersendiri. Beliau mula memilikinya pada tahun 1991 telah pun menjual kepada pemilik keduanya setelah memilikinya selama lebih kurang empat tahun. Pemilik keduanya sempat memiliki kereta tersebut lebih kurang 23 tahun lamanya.
Namun pada tahun 2017 Rowan Atkinson kembali membeli daripada pemilik tersebut. Sayang agaknya dengan Mercedes 500 E ini. Dan sekarang, Rowan sekali lagi berhajat untuk melepaskan sebuah kereta yang terlalu rare sebenarnya.
Mengapakah terlalu rare? Sebabnya ianya merupakan satu sahaja dengan pemanduan sebelah kiri daripada 29 unit yang dibawa masuk ke UK. Kita pasti sedia maklum tentang minat mat saleh ni tentang benda – benda pelik atau pun koleksi yang pernah dimiliki oleh golongan selebriti. Barangan peribadi milik ahli ugama tak pasti pula mereka berminat nak kumpul atau tidak.
Pemilik berikutnya pasti tidak perlu risau tentang kondisi kereta yang kerap menghiasi majalah Car Magazine serta mempunyai MOT sehingga tahun 2020. Beli, simpan dan kemudian jual. Tengok berapa untung boleh dapatkan?
Bagi Rowan Atkison sendiri, acara melelong kereta bukanlah asing bagi beliau. Sebelum ini beliau turut pernah melelong Mclaren F1.
Hmmmm. Dah lah kaya. Koleksi kenderaan bersepah pula. Serupa si Abang Jakpor. Porsche ada tiga biji. Ni baru beli Skuter jenama Itali lagi dua tiga bulan confirm simpan dalam frame kaca. Lainlah BK. Koleksi kereta pun setakat Tomica sahaja.
BACA : SIR ELTON JOHN NAK LELONG BENTLEY CONTINENTAL GT SPEED NI
BACA : DUA BUAH KERETA KLASIK LANCIA YANG RARE UNTUK DILELONG