Motosikal

QJ MOTOR DEDAH SPORTBIKE BAHARU. NAMA MASIH RAHSIA, TAPI RUPA MACAM PERNAH TENGOK

QJ Motor mendedahkan sportbike terbaharu yang bakal memberi saingan dalam kelas pertengahan sportbike.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan masih berahsia berhubung nama jentera terbaharu itu.

Ia bakal memberi saingan kepada model-model seperti Honda CBR500R dan CFMoto 450SR.

Jentera terbaharu itu dikatakan akan mendapat khidmat enjin  dwi-silinder sebaris 550cc sama seperti Benelli Leoncino 500 dan siri TRK 502.

Melalui gambar yang didedahkan, model motosikal berkenaan menampilkan rekaan sporty menarik dan garang.

Bahkan, terdapat sentuhan persamaan seperti jentera Ducati Panigale pada rupa paras sportbike terbaharu itu.

Ia dibangunkan menggunakan besi keluli dan dilengkapi single-sided swingarm serta brek Brembo.

Syarikat dari China tersebut bukan sahaja tidak mendedahkan nama malah spesifikasi terperinci dan harga masih menjadi tanda tanya. – rideapart

Google ads
Back to top button