Artikel Pilihan

SAN MARINO – SATU-SATUNYA NEGARA DENGAN JUMLAH KERETA MELEBIHI JUMLAH PENDUDUK

Kereta memang antara kenderaan yang terpenting dalam kehidupan manusia. Selain daripada rumah kediaman, kereta jatuh ditangga kedua dalam keperluan hidup manusia yang ramai kami kenal. Jadi kalau ada yang menanyakan soalan negara mana yang mempunyai paling banyak kereta mungkin ramai yang akan menjawab Amerika Syarikat. Betul tapi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, terdapat sebuah negara kecil yang berjaya mengatasi AS dan negara itu ialah San Marino.

Nama penuhnya ialah Republik San Marino dan ia merupakan sebuah negara mikro yang terletak di barat laut Itali. Ia mempunyai gunung ganang yang menarik dengan binaan bersejarah, istana-istana lama dan jalan raya lama yang dihasilkan daripada bongkah batu. Ditemui pada tahun 301 A.D, San Marino merupakan antara negara republik tertua di dunia.

Satu faktor menarik tentang San Marino ialah ia merupakan satu-satunya negara dengan jumlah kereta yang melebihi jumlah penduduk. Untuk setiap warganegara San Marino, terdapat 1.6 kereta untuk setiap dari mereka tidak termasuk kanak-kanak. Sebagai perbandingan AS hanya mempunyai 0.87 kereta untuk setiap warganegaranya.

Macam mana dengan negara kita Malaysia, ada dalam senarai tak? Sangat mengejutkan kerana Malaysia memang ada dan berada pada kedudukan keempat. Banyak betul kereta rakyat Malaysia ye.

Senarai negara dengan kereta berbanding jumlah penduduk:

  1. San Marino: 1.6
  2. Finland: 1.0
  3. Itali: 0.88
  4. Malaysia: 0.88
  5. A.S: 0.87
  6. Iceland: 0.87
  7. Greece: 0.85
  8. Austria: 0.85
  9. Luxembourg: 0.81
  10. New Zealand: 0.78

Haa, apa lagi? Tepuklah. Siapa kata Malaysia tak hebat. Tapi kena ingat San Marino ni memang kecil sangat dan merupakan negara kelima terkecil di dunia dengan keluasan 23.5 batu persegi.

Menurut WHO, populasi San Marino ialah 33,203 berbanding 54,956 jumlah kereta yang didaftarkan di sana. Adalah sebabnya kenapa banyak betul kereta didaftarkan di sana.

Sama seperti Itali, rakyat negara ini juga sangat sukakan kereta dan negara ini mempunyai koleksi kereta klasik yang tak kurang banyaknya. Walaupun negara ini kecil namun mereka mempunyai jalan raya terbaik sepanjang 140 batu dengan pemandangan yang cukup menarik.

Bukan itu sahaja, San Marino juga merupakan antara negara terkaya di dunia dengan GDP yang sangat tinggi. Ia membolehkan rakyatnya memiliki lebih daripada sebuah kereta. Bukan satu perkara pelik untuk sebuah rumah di sana memiliki lebih dari sebuah kereta mewah. Ferrari, Lamborghini, Porsche, Maserati, BMW dan Mercedes merupakan pemandangan yang biasa di sana.

Namun faktot terbesar semestinya kadar cukai yang cukup rendah iaitu sekitar 3.5 ke 7 peratus untuk pembelian kereta. Ia jauh lebih murah berbanding cukai 21 peratus yang dikenakan oleh negara Kesatuan Eropah lain. Jadi ramai pembeli dari Itali dan negara Kesatuan Eropah lain datang untuk membeli kereta di sini.

Ia memang didaftarkan di San Marino tetapi tidak semestinya dimiliki oleh warga tempatan. Mereka datang untuk membelinya dan kemudian memandunya pulang ke negara asal mereka. Ooo macam tu caranya.

Google ads
Back to top button