Motosikal

F**K YOU ROSSI!, INGAT KAU KING? – KRISIS ESPARGARO DAN ROSSI

Anda sudah tonton video semalam? Perselisihan faham antara Valentino Rossi (Yamaha) dan Aleix Espargaro (Suzuki) sewaktu ujian masa di litar Misano lewat petang Jumaat.

Seperti yang dapat anda lihat dalam paparan video di bawah. Rossi kelihatan memberi tahu sesuatu (dengan marah) kepada Espargaro. Video pendek tersebut tidak memperlihatkan kejadian awal di lap terakhir sewaktu ujian masa bebas pusingan FP2.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Sewaktu ujian masa bebas semalam, Rossi menghampiri kelompok pasukan Suzuki Aleix Espargaro Maverick Vinales utuk memintas. Dalam lap terakhir, beliau cuba memotong pasangan ini. Maverick Vinales “membuka” laluan tetapi Rossi mendakwa rakan Vinales, Aleix Espargaro menghalang beliau dan masih dalam garisan perlumbaan sedangkan tahu Rossi sudah di belakang untuk memintasnya.

“Beliau dah nampak, saya di belakang yang cuba memotong tapi tak mahu ke tepi, jadi selepas memintasnya saya tanya beliau kenapa buat begitu?, beliau membalas dengan kata kesat, “F**k you!”.

“Sudah tentu saya marah, kenapa tak minta maaf saja kalau dah buat salah?”, ujar beliau sambil menggigit telinga Abang Japar (OK yang gigit telingan ni tipu)

Beliau jangkakan Espargaro akan minta maaf tetapi sebaliknya, mengeluarkan kata yang tak sepatutnya. Rossi menjelaskan yang beliau di garisan perlumbaan yang betul dan sepatutnya Espargaro memberi laluan pada lap tersebut. Ia cuma catatan masa, bukannya perlumbaan sebenar.

Itu penjelasan sebelah Rossi. Jadi apa pula penjelasan sebelah Espargaro?

Mike Webb, pengarah perlumbaan MotoGP telah turun sendiri ke pit Espargaro dan memberitahu beliau supaya lebih berhati-hati. Tidak berpuashati dengan konflik tersebut Espargaro tetap pertahankan bahawa beliau tidak salah, beliau di garisan yang betul.

“Saya tanya beliau 3 kali, adakah saya mengganggu beliau (Rossi)?, adakah tuan semak video tadi?”, soal Espargaro kepada Webb. Webb mengakui, tidak ada sentuhan atau halangan dominan tapi masih dengan arahannya supaya Espargaro “berhati-hati”.

“Jadi, tuan perlu bercakap dengan dia, kalau saya tak buat salah, kenapa saya mesti berhati hati?”, ujar Espargaro kepada Webb.

Untuk rekod, Suzuki mencatat kemenangan bergaya podium pada pusingan British lepas menerusi Maverick Vinales. Ia adalah kemenangan sangat bermakna untuk pasukan ini dalam kancah Moto GP moden. Pusingan di San Marino Itali ini adalah penting untuk mengekalkan momentum. Tapi bagi Rossi sendiri, beliau tak kan nak tewas di kampung sendiri kan?

 

 

 

Google ads
Back to top button