Modifikasi

SATRIA BIRU BUAT ABANG KELIRU

Sejak bertahun lamanya, pasaran untuk kereta hatchback 3-pintu tempatan dikuasai jenama Honda menerusi model-model Civic. Dari generasi pertama abah-abah kita duk layan, sehingga tiba di kemuncak menerusi pengenalan model EG dan EK. Ketika itu, dunia modifikasi masih lagi suram dan kebanyakan yang power dimiliki oleh bengkel dan pasukan lumba ternama.

Pengeluar besar lain macam tak heran. Market niche sangat katanya dan mereka lebih berminat menumpukan perhatian kepada model-model sedan untuk keluarga. Bagi menjawab persoalan ini, Proton tampil memperkenalkan Satria pada tahun 1994.

BACA: SATRIA NEO ENJIN TERBALIK

Dengan harga yang cukup kompetitif, ia berjaya menarik minat golongan muda untuk memiliki sebuah kereta tempatan yang lebih sporty. Bermula dari situ, Satria mula memenuhi jalan raya termasuk beraksi cemerlang dalam pelbagai jenis sukan permotoran.

Rady pun muda juga, itu sebabnya dia tertarik nak pakai Satria ni. Dari sebuah model asas yang biasa-biasa, ia telah disegarkan semula menerusi kerja-kerja naik taraf yang bersesuaian.

Mengikut geran, asal kejadian datang dengan enjin 4G92 SOHC. Kemudian tukar kepada 4G93T GSR. Tapi lepas kena sayur dengan kawannya Yoo Yo, dia nekad untuk menggunakan enjin 4G63T dari EVO III.

4G63 – ENJIN LAGENDA SEPANJANG ZAMAN

Bahagian dalam enjin ini diperkukuhkan dengan set piston baru dari Wiseco. Untuk bahagian atas, ia diisi camshaft dari HKS termasuk sepasang cam pulley boleh laras Arospeed.

Sistem turbo dibuat seadanya, bermula dengan turbin TD05 20G, wastegate Tial 40mm, intercooler dan paip sambungan kustom, serta injap pelepas Tial. Yang nampak kureng sebab manifold turbonya masih lagi asal. Alah kalau takat tukar tapi asyik crack memanjang pun tak guna juga…

Sebahagian besar ruang kokpit menerima salinan komponen milik Mirage Cyborg R. Ia kemudian ditambah aksesori yang lebih menonjol seperti stereng Momo Race dan tempat duduk bucket Recaro SPG. Sistem elektronik pulak dibantu 4 buah meter Defi, unit RSM Apexi, serta unit AFC Neo Apexi untuk tujuan talaan.

 Untuk luar, Rady memilih untuk menggunakan kit badan lengkap Mirage Cyborg R yang harusnya lebih garang. Sebagai tambahan, diselitkan juga unit sunroof MMC dan cermin sisi berkrom Ganador. Sekali tengok mari juga, lebih-lebih lagi selepas dilayangkan dengan warna biru yang keliru…

Sistem gantungan menggunakan set suspensi boleh laras HWL, temasuk padanan lengan bawah aluminium yang ringan. Sektor hentian diserahkan kepada set brek EVOIII untuk depan dan belakang.

Bagi mendapatkan cengkaman lebih jitu, ruang roda diisi tayar gigit Toyo Proxes R888 pada rim champion Volk Racing TE37. Baca di sini nak tahu lebih lanjut mengenai rim kegemaran dunia ni

Buat masa ini, tiada lagi hatchback 3-pintu tempatan yang boleh kau beli, selepas Proton mengambil keputusan untuk menghentikan pengeluaran Neo hampir setahun yang lalu.

GALERI

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button