Artikel PilihanMotosikal

KEJUTAN! PETRONAS SRT KUASAI PETAK MULA MOTOGP JEREZ!

Pelumba pasukan Petronas SRT, Fabio Quartararo membuat kejutan hari ini apabila berjaya berada di petak pertama MotoGP Jerez, sekaligus mengetuai perlumbaan.

Apa yang lebih menarik lagi, rakan sepasukannya Franco Morbidelli berjaya merebut petak kedua sekalgus meletakkan posisi 1-2 yang selesa bagi perlumbaan yang akan bermula malam nanti.

Bukan itu sahaja, Quartararo mencatatkan pusingan MotoGP terpantas baru Jerez ketika dia dan Morbidelli melepasi sesi kelayakan Q2, meninggalkan juara MotoGP Marc Marquez – Honda dengan perbezaan 0.008s.

Fabio Quartararo juga merupakan pelumba MotoGP termuda dalam sejarah yang berjaya menduduki grid pertama dalam perlumbaan berprestij ini.

Lorenzo dan Petruci bagaimana pun gagal dalam pusingan kelayakan membolehkan Marquez menukar strategi dua hentian – berikutan masalah sikunya.

Meskipun menggunakan casis baru, KTM nampaknya belum memperlihatkan sebarang kemajuan besar. Pelumba harapan pasukan Red Bull Factory KTM, Johann Zarco hanya sekadar di petak ke-18, di bawah rakan sepasukannya Espargaro.

Sementara pasukan satelit, KTM Tech3, Oliviera berada di petak ke 22 dan pelumba negara Hafizh Syahrin menduduki petak ke dua terakhir di atas Iannone dari Aprilia yang gagal menamatkan sesi kelayakan.

KEDUDUKAN GRID PERLUMBAAN MOTOGP JEREZ.

1. 2Fabio QUARTARARO Petronas Yamaha SRT 1’36.880 6 8 281.6
2. Franco MORBIDELLI Petronas Yamaha SRT 1’36.962 7 8 0.082 0.082 284.7
3 Marc MARQUEZ Repsol Honda Team HONDA 1’36.970 2 8 0.090 0.008 286.8
4. Andrea DOVIZIOSO Mission Winnow Ducati 1’37.018 6 7 0.138 0.048 287.3
5. Maverick VIÑALES Monster Energy Yamaha 1’37.114 7 8 0.234 0.096 281.1
6. Cal CRUTCHLOW LCR Honda CASTROL 1’37.175 8 9 0.295 0.061 286.2
7. Danilo PETRUCCI Mission Winnow Ducati 1’37.209 3 7 0.329 0.034 286.2
8. Takaaki NAKAGAMI LCR Honda IDEMITSU 1’37.332 6 8 0.452 0.123 281.2
9. Alex RINS Team SUZUKI ECSTAR 1’37.351 3 7 0.471 0.019 284.0
10. Francesco BAGNAIA Pramac DUCATI 1’37.384 7 8 0.504 0.033 286.4
11. Jorge LORENZO Repsol Honda Team Q2 1’37.496 3 5 0.616 0.112 286.0
12. Joan MIR Team SUZUKI ECSTAR 1’37.514 7 7 0.634 0.018 280.3
13. Valentino ROSSI Monster Energy Yamaha Q1 1’37.371 3 7 (*) 0.207 285.4
14. Stefan BRADL Team HRC HONDA 1’37.406 6 8 (*) 0.242 0.035 286.3
15. Jack MILLER Pramac DUCATI Q1 1’37.605 3 7 (*) 0.441 0.199 286.7
16. Aleix ESPARGARO Aprilia Team Gresini 1’37.625 5 7 (*) 0.461 0.020 284.7
17. Pol ESPARGARO KTM Factory Q1 1’37.798 7 8 (*) 0.634 0.173 286.3
18. Johann ZARCO KTM Factory KTM 1’37.820 7 7 (*) 0.656 0.022 284.7
19. Bradley SMITH Aprilia Factory Racing 1’38.357 5 7 (*) 1.193 0.537 283.3
20. Tito RABAT Reale Avintia DUCATI 1’38.403 8 8 (*) 1.239 0.046 284.2
21. Karel ABRAHAM Reale DUCATI 1’38.447 3 7 (*) 1.283 0.044 282.0
22. Miguel OLIVEIRA Red Bull KTM Tech 3 1’38.894 2 8 (*) 1.730 0.447 280.7
23. Hafizh SYAHRIN Red Bull KTM Tech 3 1’40.042 8 8 (*) 2.878 1.148 280.7
24. Andrea IANNONE ITA Aprilia Racing Gresini APRILIA 1’38.327 1.370

Google ads
Back to top button